Assalamualaikum
15hb Mac hari tu, genap setahun aku guna alputih ni sebagai kenderaan rasmi aku pegi keja, pegi pasar, pegi Giant, hantar dan ambik anak di sekolah, balik kampung, pegi Kundasang....pendek kata ke mana2 aku dan anak beranak pegi mesti guna si alputih ni. Keta hubby tu relakslah konon kat parking tu tak digunakan. Habis2 pun jadi kenderaan rasmi cikgu sekolah je hubby lah tu
Misi pencarian pengganti Myvi aku tu bermula pada penghujung 2012. Mula2 tu memang ada hati nak beli keta Toyota Vios tu. Tapi masa tu tengah hangat iklan Nissan Almera kat tv so aku dan hubby pun pegilah survey2 keta ni dan terus jatuh cinta pandang pertama.......bila aku dan hubby puas hati dah semuanya..terus book dan urusan membeli pun bermula. Dan 15 Mac 2013, sebijik keta Nissan Almera kaler putih pun bertukar daripada salesman ke tangan hubby. Siap ada nama lagi Shumi dan Shamzi berikan, Alputih
Setahun guna Alputih ni, bagi aku setakat ni memang berpuas hati. Secara ringkas aku reviewkan kat sini :-
- Ruang dalam dan bonet yang luas untuk sebuah kereta jenis sedan.
- Sistem spring dan penyerap hentakan (suspension) yang amat baik menyebabkan kereta ni amat selesa untuk dipandu. Pendek kata lalu bonggol pun ok je, smooth je berjalan.
- Jimat minyak untuk kereta yang berkelajuan 1.5 cc ni. Hari tu pegi Kundasang, Ranau - Kota Kinabalu, kita orang guna RM 50.00 je. Jimat kan. Tapi bukanlah juga aku nak kata ianya jimat seratus peratus, kalau jalan jammed, bila kita pijak brek dan minyak banyak kali tu, bar minyak cepat menurun. emmm rasanya keta auto model yang lain pun cam gitu jugakan.
- Daya pecutan aka acceleration keta ni agak kureng sedikit tapi top speed dia memang best. Bawa 120km sejam cam bawa 80km sejam. Tak terasa sebab keta meluncur laju je...hehe Tapi jangan risau, aku paling laju pun memang 80km sejam je, sebab had laju jalan raya kat KK ni paling laju pun 90 km sejam. Tak boleh lebih dari itu...tak pasal2 datang surat saman pulak.
- Servis kereta hanya guna 3 liter motor oil...model lain dalam kelasnya guna sampai 4 liter.
Tu lah serba sedikit pengalaman setahun aku guna Almera ni. Walaupun ada juga kekurangan sedikit tetapi secara keseluruhannya aku memang berpuas hati. (^_~)
Note : Ni pandangan peribadi aku ye, tak tahu lah kata orang lain.
Mia dah setahun guna alputih..tahniah/11..SB pun ada gak sebijik tapi aliswara :)
ReplyDeletewow siap review.. mesti puas hati bangat...
ReplyDeleteSalam, jimat minyak tu yang penting, rekabentuk pun cantik, sporty gitu.
ReplyDeleteKiranya tak menyesallah Mia membuat pilihan membeli 'Al-putih' itu ye..
ReplyDeleteCANTIK KAN
ReplyDeletekira berbaloi guna al-putih baru ni. Sikit-sikit dah ada guna kenderaan. tapi kalau banyak yang rosak tapi kereta baru itu yang malas nak belikan.
ReplyDeletecantik ' al putih ' mia ni sporty gitu but yg penting selesa tak kala memandunyaer..then jimat minyak tu..
ReplyDeletemmg byk respon yg bagus2 dari pengguna kenderaan nissan.
ReplyDeletewahhhh...cantik!
ReplyDeletegood review..:)
ReplyDeleteAgak2 ko kalau keta nie ngan Vios mana lagi top yer? aku dl pakai vios..dah puas ati sangat dah rsnya..manalah tau baliknanti keliru nak beli apa lak kan..
ReplyDeleteAku bukan juga pakar dalam keta ni Ummu...hehe tapi rasanya dua2 pun ok. Cuma Toyota Vios ni menang dari second hand valuenya. Model toyota lambat sikit jatuh harganya dari model yang lain.
DeleteTapi terpulang pada citarasa masing2 :)
post best nih sbb almera ni kete favret hubby sy..dye aim nk bli kete ni bile kete dye abes byr nti.. so far as long as jimat minyak tu ok kot. tapi sy still cari2 lagi kete ape plak nk aim nti.. hehehe... owh lupe nk tnye sis, servis maintenance stiap kali brape rm yer kena? servis kt nissan or servis sendiri je sis? boleh follow blk blog sy ye sis http://dilakazuha.blogspot.com/
ReplyDeleteThanks sebab sudi berkunjung ke blog ni...
DeleteDalam setahun dah servis keta ni, purata bayaran dalam RM180 hingga ke RM250, tengok apa yang nak di servis. Servis kat Nissan sebab perkhidmatan dorang lebih terjamin (^_^)
SA hanya berangan jer nak pakai Nissan Almera ni...biz pun lom hebat lagi kan...insyaallah mana tau after this ada rezki....
ReplyDeleteIn sha Allah, lepas ni boleh lah beli sebijik alputih...hehe
DeleteTapi kan dear, harga keta ni mampu milik rasanya, lebih kurang harga keta buatan malaysia juga...:-)
Kak ina haritu teringin gak coz nampak Almera ni besar dan harganya tak la mahal sangat kan Mia :)
ReplyDeleteMemang nampak dari luarnya pun dah besar...kalau dalamnya dan bonetnye luas itu dah kira baik...selesa.. okay2..
ReplyDeleteyeyy ey kete bruuuu ^^
ReplyDeletewoahhhhh.. caya laa.. cantek keta ni.. putih lagi, nmpk mewah kan ?
ReplyDeletesomi cik pon teringin mau nissan almera ne..tapi apakan daya,guna dulu lah keta lama....hihihi
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePuan, boleh bagi ulasan lagi setelah beberapa tahun menggunakan almera? Sebab sekarang saya sedang mencari2 kereta yang sesuai untuk kegunaan peribadi. Pening kepala dah ni nak yang mana*
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!