KoKum ku KoKum anakku

Assalamualaikum

Apasal pelik benar bunyi tajuk post ku hari ni...
Tak kan lah korang tak tahu kan, KoKum bahasa singkatan untuk Ko Kurikulum.....salah satu aktiviti wajib kat sekolah tu.

Timbul cerita ni bukannya apa, semalam on the way balik ke rumah dalam kejammedan yang agak melampau (serius semalam jammed teramat sangat, aku ambik Shumi pun dah lewat, selalu sampai kat sekolah jam 6.00 petang, semalam sampai jam 6.30 petang...nasib baik Shumi tak nangis sorang2 di bus stop mengenang nasib sebab Uminya ambik lambat...huhu)

Ehhh bukan jammed yang aku  nak cerita tapi disebalik kejammedan itu.....untuk menghilangkan boring, aku cerita2 lah dengan Shumi. Shumi bagitahu, tahun depan dia dah darjah 3 so boleh pilih nak masuk aktiviti kokum yang mana satu. Dia cakap nak masuk Pengakap, aku cakap ok je, asalkan dia suka aktiviti pasukan pengakap tu. Lepas tu dia nak masuk Persatuan Bulan Sabit Merah pulak katanya nak tolong orang sakit. Diam sekejap lepas tu tetiba pulak tanya Persatuan Puteri Islam tu apa?
Cepat aku jawab, tu untuk murid2 perempuan jak nak.....(^_~)

Korang masa sekolah duuuuuuulu, masuk unit beruniform apa?
Aku? haruslah Pasukan Pandu Puteri. Join pasukan ni masa form 2 sebab sekolah rendah zaman aku dulu belum menitik beratkan lagi kokum2 ni.
Bukan main aku bersemangat pakai baju Pandu Puteri ni, rasa cam polis pulak pakai baju seragam.
Lagi tambah bersemangat bila ikut acara perbarisan semasa acara sukan sekolah.
Berkobar2 ni tiap2 petang buat latihan perbarisan. Kri Kanan Kri Kanan Kri Kanan.......hehe yang 'kiri' tak berapa nak jelas nak sebut sebab dah semangat nak jalan berbaris kan..

Tiba hari perbarisan tu, bangun awal pagi sebab tak nak lewat ke padang.
Acara perbarisan dimulakan, kemudian tu semua pasukan unit beruniform berbaris di tengah padang sebab nak dengar pengetua berucap.
Masa tu dah dekat jam 10 lebih, panas terik. Aku dah mula rasa semacam, kepala berdenyut-denyut, masa tu aku tunduk sebab panas sangat kan, tapi bila aku dongak jak tengok sekeliling padang, semua nampak gelap dan aku jatuh terjelepok kat situ juga......memanglah kat situ takkanlah kat sana

Nasib baik Persatuan Bulan Sabit Merah datang membantu ahli biasa Pasukan Pandu Puteri yang pitam ini. Buat malu jak....hehe tapi itu salah satu sweet memory masa zaman sekolah dulu.
Dan ahli biasa Pasukan Pandu Puteri masa form 2 ni kekal dalam pasukannya sehinggalah masuk ke form 6, tapi bukan sebagai ahli biasa lagi, dah jadi Pengerusinya tau...kihkihkih

Best pulak ingat kenangan mengusik jiwa ni kan...








18 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. pbsm beb... baju puteh, suar puteh.... rimas aku pakai serba puteh. hehehe

    ReplyDelete
  2. selamat pagi
    singah blog awk dulu
    hehe

    ReplyDelete
  3. ingat balik zaman sekolah memang rasa nak u-turn jerk..
    kalau la boleh u-turn dah lama kot buat..

    ReplyDelete
  4. Bila difikir balik,boleh ketawa sorang2 dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. boleh kedebuk pengsan pula .. panas sgt kot

    akak masuk puteri islam je tapi tak aktiff sll tak g perjumpaan... hihi..

    ReplyDelete
  6. Kalau kawat masa panas mesti ada yg pengsan kan..
    Kakak dulu pun pandu puteri juga tapi kakak tak aktif macam Mia.

    ReplyDelete
  7. masa sy skola dulu kitorg pgil KoKo

    ReplyDelete
  8. Aku masuk Puteri islam. Ni jaman skolah rendah,

    ReplyDelete
  9. kalau Dania sebut KOKO...hehehehe....

    ReplyDelete
  10. cik pulak krs..memang aktif lah cik mase tu..aktif ikot kawad..malam2 pon latihan..kenangan terinda lah tu..bila dapat buat banyak corak memang jadi kebanggan lah.

    ReplyDelete
  11. kenanagan zaman sekolah... mmg best... zaman xde masalah gitu...

    ReplyDelete
  12. pasukan Unit trafik ko...hahahahaha...

    eh, kita panggil koko= kokurikulum

    ReplyDelete
  13. Time-time kawat ni, saya tengok mana ibu yang prihatin kulit anak-anak, siap bagi cream, ada yang tanya dah sapu ke belum, saya balik tanya mak, mak kata sunblock tu,
    tapi dia buat tak tau ja hehe so saya pun
    anggap saya ni tough la hehe.

    ReplyDelete
  14. Ms sklh rendah masuk tunas puteri. Ms sklh menengah masuk pandu puteri pastu renjer puteri. Rajin sgt join aktiviti especially kalau camping.

    ReplyDelete
  15. Kitaorang panggil koko Mia....bukan kokum hehe....
    Yelah zaman okje pun koko tak begitu dititikberatkan....adalah 2-3 kali jer datang koko ni....okje masuk P Bulan Sabit merah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post