Skip to main content

Copra

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!






Pendapatan sampingan bagi kami sekeluarga di waktu kecil dulu.
Bapa yang selalu melakukan tugas memungut, membelah, menjemur dan mengopek.
Tapi kami anak-anak yang tahu hidup susah. Balik dari sekolah, seorang satu membawa sehelai karung guni untuk diisi buah kelapa yang berjatuhan di kebun sekitar rumah.

Umur baru mencecah 10, 11 tahun tapi kami mampu memikul seguni besar buah kelapa. Mungkin ada 10, ada 20 atau 30 biji di dalam satu2 karung itu. Biarpun nampak bahaya, kami sudah mampu membelah buah kelapa, kadang-kadang bapa ada juga menolong. Dibuang airnya lalu dikeringkan di bawah sinaran matahari.

Ketika membuat kerja sekolah di beranda rumah, hujan turun, maka bertempiaran lah kami menutup semua buah kelapa yang dibelah tadi. Jika isinya basah dan lembab pasti akan tumbuh kulat dan tidak berapa elok untuk dijual.

Isi kelapa yang agak kering, kami kopek keluar dari tempurung dan disusun di atas jemuran kelapa yang bapa buat daripada papan. Jika hujan berterusan, bapa akan buat unggun api di bawah jemuran kelapa untuk cepatkan isi kelapa kering agar dapat dijual dengan apek cina si pemborong kelapa.

Sekarung isi kelapa dapat kami jual dengan harga RM5.00 hingga RM10.00. Sangat besar jumlahnya waktu itu. Bapa tidak ambil duit itu, diserahkannya kepada kami sebab dia tahu kami yang bersusah payah memungut, mengopek, menjemur sehingga boleh dijual. Buat belanja sekolah kata bapa.

Dan tugas itu diulang semula.....



~~Adakalanya kesusahan membuatkan kita lebih cekal untuk menempuh masa hadapan~~





Note : Copra - Isi kelapa kering yang diperah untuk mendapatkan minyak kelapa


Comments

  1. salam mia….wah kagumnya kros dengan ketabahan u al masa dulu2. pepepun betul tu, org yg pernah melalui kesusahan lebih menghargai kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu akak. Bila susah baru rasa berharga semua tu.

    ReplyDelete
  3. betul. benda2 mcm ni lah yang buat kita jd kuat masa depan.

    ReplyDelete
  4. betul2 pengalaman mengajar semuanya

    ReplyDelete
  5. Mengimbau kenangan kakak bila Mia paparkan ini semua. Tapi kebun bapak kakak dulu memang bereker-ekar dgn kelapa utk dijadikan kopra Mia. Kami ada rumah khas utk menyalai kelapa yang sudah dibelah. Prosesnya kait kelapa, buang sabut, belah, salai, cungkil isi, masuk guni dan baru dijual. Pendapatan itu adalah main income keluarga kami. Berbelas-belas guni kami jual. Tapi bayangkan nak menyara 8 anak... susah tapi adalah utk makan dan sekolah.

    Sedih bila ingat ini semua.

    ReplyDelete
  6. sama dgn saya... anak penjual buah d pasar malam... dalam usia 12-15tahun, saya mampu angkat raga buah seorg utk bantu ayah... wpon x mewah tp pengalaman & kenangan itu terlalu mahal... mencorakkan saya sekarang, Alhmdlh...

    ReplyDelete
  7. semua ni kenangan..
    segala kesusahan waktu ni berbayar dgn khidupan masa kini..
    apa2 pon ianya kenangan trindah dlm hidup

    ReplyDelete
  8. Kenangan masa kecil , hidup susah mmg menjadikan kita org yg kuat & tabah.. dulu2 nenek kami rajin juga buat copra ni Mia...:)

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Kesusahan mengajar kita utk terus bangkit.

    ReplyDelete
  10. kesusahan memang mematangkan kita...SA dulu pernah melalui zaman bersawah padi...zaman menoreh getah....tp hanya tinggal kenangan..semua tu dah xde dan x mungkin berulang....

    ReplyDelete
  11. Kesusahan mengajar kita erti syukur...

    ReplyDelete
  12. barulah kita tahu betapa susahnya nak mencari duit dan bersyukur dengan rezeki yang ada kan..sebagai satu pengajaran di masa akan datang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang