Skip to main content

Rumah Usang, Atap Nipah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Ntah kenapa tiba-tiba teringatkan semasa zaman budak-budak dahulu. Rumah kami cukup sekadar dapat berteduh dari panas dan hujan. Tapi hujan pun belum tentu lagi dapat elak sebab akan bocor juga jika ianya terlalu lebat. Atap nipah tak mampu menahan air hujan yang mencurah.

Rumah kami, beratap dan berdinding nipah, berlantaikan buluh, bertiangkan kayu belian tetapi yang tidak diraut dengan rapi seperti sekarang. Bapa yang membinanya sendiri, dari pacak tiang hinggalah berdiri sebuah rumah kampung cukup untuk kami sekeluarga. Ada sebuah dapur untuk mak memasak menggunakan kayu api, ada sebuah ruang tamu tanpa ada hiasan tetapi cukup untuk kami adik beradik berehat dan ada sebuah bilik tidur untuk kami sekeluarga. Tiap malam mak akan pasang sebuah kelambu besar dan kami semua akan tidur di dalamnya. Aku, kakak dan adik memang sangat teruja bila berada di dalam kelambu yang kami anggap sebagai sebuah khemah tempat kami bermain.

Bilik mandi tidak wujud masa tu sebab belum ada bekalan air paip. Kami sekeluarga akan mandi dan mencuci kain di sungai. Untuk masak mak akan ambil air perigi yang waktu itu airnya sangat jernih dan bersih. Hendak melepas hajat, jawabnya terpaksa pegi ke hutan kecil di belakang rumah kami. Korek lubang dan timbus. (^_^)

Biar rumah kami serba kekurangan tetapi ianya amat selesa sekali. Rindunya aku dengan rumah usang beratap nipah itu.........


 

Rumah usang atap nipah.....tetapi yang ini dah dimodenkan.


Comments

  1. rindu pada zaman kecil2 kan Mia sbb walaupun sederhana tapi penuh bahagia & keceriaan...:)
    * rumah nenek ku pun sama Mia.. dulu2 atap nipah....:)

    ReplyDelete
  2. kenangan zaman berzaman kan sis. anak2 skg dah xdpt rasa kehidupan sis cm dulu

    ReplyDelete
  3. mak iqa cter zaman dulu rumah dia cenggini la

    ReplyDelete
  4. Kakak tak merasa rumah macam itu Mia walau keluarga kakak dulu pun miskin juga. Mungkin beza sikit sebab kakak di semenanjung dan Mia di sana.

    Yg pasti mak-ayah telah menikmati kehidupan lebih selesa sekarang. Alhamduillah susah dulu senang kemudian.

    ReplyDelete
  5. teringat rumah arwah nenek kat mak mandin dulu... :)

    ReplyDelete
  6. sedih jugak bila dikenang kesah hidup ms kita kecik2 dl kan mia..kagum ngan bakap mia yg buat umah sendiri tuh..

    ReplyDelete
  7. Bestnya kenangan zaman lalu kan..

    ReplyDelete
  8. Zaman dulu mmg sedih bila diingatkan....hidup penuh dhoif dan kekurangan....sedihkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang