Restoran Masakan Sedap - Mia - Memories of Mine

Latest

Wednesday, December 4, 2013

Restoran Masakan Sedap

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam rabu korang semua! Nak share satu tempat makan yang best kat KK ni.



Memperkenalkan Restoran Masakan Sedap ..... apa? ada tulisan cina? jangan risau ye, restoran ni halal. Siap ada tanda Halal Jakim besar kat signboard restorannya.

Dapat tau mengenai restoran ni melalui rancangan feveret aku Jalan Jalan Cari Makan. Baru je tahun ni keluar tv, pengacaranya si Qi tu. Nampak sangat berselera Qi makan, tu yang aku dan hubby sibuk mencari di mana terletaknya restoran ni.

Akhirnya terjumpa jugalah dan sabtu lepas tu kami sekeluarga makan malam kat sana. First time datang memang tak tahu mana satu nak order, senarai menunya ada banyak pilihan. Macam semua pun best untuk diorder...hehe
Nasib baik pelayan restoran sangat mesra pelanggan, suggestkan kami apa yang pernah diorder oleh Qi masa dia makan dalam rancangan JJCM tu.


Dan akhirnya, kami pun order seperti yang disuggestkan. Tauhu Special Recipe, Chicken Yam Ring, Talapia with Mango Chilli dan Kang Kung Belacan.
Sebenarnya nak order sayur Sabah tapi hari tu mereka dan kehabisan stok so orderlah sayur kang kung ni. Sedap juga rasanya.

Talapia tu memang terbaik! sedap. Kalau nak datang sini wajib order yang ini ye..ada satu menu lagi yang pelayan tu suggest, Kambing Madu. Katanya feveret menu kat restoran ni tapi kami tak order malam tu sebab aku tak makan kambing..hehe

Ok lah....kalau ada yang teringin nak makan Masakan yang sedap, datang jak ke restoran ni kat Jalan Lintas. Restoran ni di bahagian belakang bangunan Wisma Prudential Jalan Lintas Kota Kinabalu.

12 comments:

  1. Uiks! kambing madu?? wahhh! memang lain dr yg lain tu menu...hehe

    ReplyDelete
  2. janji masakan pun sehebat nama kedai, kompem ramai pelanggan.

    ReplyDelete
  3. wahhhh menarik nyer.... ada soft crab x situ?

    ReplyDelete
  4. kalau sedap memang sukala..
    tp kat KK ek..

    ReplyDelete
  5. menu yg lain dari yg lain..pelik2 jugak hehe

    ReplyDelete
  6. Limpas ke Lintas bah kita, eh I dulu selalu jugak lepak area Jalan Lintas tu, apa bikin I pun tak tau. hahahaha rindu la.

    ReplyDelete
  7. Memang sedap erk. Sesuai dengan nama kedai nya ☺☺

    ReplyDelete
  8. Ni gayanya mcm Restoren Mohd Chan Abdullahlah ni Mia....sama le Mia menu dia mesti ada chicken Yam Ring tu

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!