Sarapan Sepanjang Zaman # 3

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Sebelum nak mulakan post ni, korang mesti tanya kan apasal blog ni sikit2 cite pasal sarapan kan?

Aku memang suka cite pasal makanan.....hehe
Dah abis aku cite pasal sarapan, nanti aku cite tentang makan tengahari, makan malam dan supper sekali....;p

Bukan apa sebenarnya, aku banyak nak kongsi kenangan zaman budak2 dulu. Lagipun blog ni wujud sebab nak kongsikan kenangan suka duka aku.
Tengok blog title pun dah tahu kan...:D

Ok berbalik kepada cite sarapan tadi. Sarapan yang merupakan kuih ni aku suka sangat makan cicah dengan air kopi.
Ni lah satu-satunya sarapan yang kami mampu beli masa budak2 dahulu. Harga sebiji 20 sen, so kalau seringgit dapatlah 5 biji. Kadang2 beli sebiji dapat extra lagi 2 biji sebabnya beli dengan mak saudara...hehe

Kuih donut sebenarnya.......tapi kami panggil kuih ni kuih gelang.
Donut tu kira yang nama moden, sebab dah dipelbagaikan rasanya...

Kuih gelang yang kami beli dengan makcik, memang besar saiz dia, di lumur dengan gula kasar.
Tapi kami tak suka yang ada gula, kami suka yang kosong sebab nak cicah dengan air kopi kan....

Nak dapatkan kuih gelang yang belum lumur dengan gula tu, mesti kena beli awal pagi, subuh lagi makcik dah start buat kuih sebab nak berniaga di pasar. So dalam jam 6 pagi dah tercongok depan pintu rumah makcik. Kuih gelang makcik memang sedap, lembut dan gebusss......

Ingat lagi satu hari tu, musim banjir, air memang naik paras paha. Tetiba kami teringin sangat nak makan kuih gelang makcik. Apalagi aku dan adik redah banjir pegi ke rumah makcik. Rumah makcik dekat sahaja sebenarnya selang dalam 3 buah rumah gitu. 
Bukan main aku dan adik meredah air banjir tu, dalam hati memang seronok sebab dapat main air...hehe
Dan sebelum sampai rumah makcik, ada satu kawasan tanah berlekuk yang nak kena lintas, kalau banjir memang tempat tu agak dalam. Aku dan adik redah je walaupun air kat kawasan tu dalamnya hingga paras dada.
Ni semua gara-gara kuih gelang makcik..

Tapi tu semua dah lama berlalu. Kuih gelang tu hanya tinggal kenangan. Makcik dah meninggal dunia tahun 2011 lalu disebabkan penyakit yang telah lama dihidapinya. Komplikasi kencing manis dan asthma. Al-Fatihah untuk arwah Makcik.

Sumber : Google
Lebih kurang bentuk kuih gelang tu yang aku suka makan tu
 



Sumber : Google
Yang ni kuih gelang zaman moden, nama pun dah class, donut! very the colourful lagi.....:D


18 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Biasa juga sebut kuih gelang ni Mia..dr kecil smpai skrg suka makan..hehe..
    skrg kadang2 jumpa donutnya ndak lembut bah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a atiey, rupa macam best jak dimakan sekali keras gila..

      Delete
  2. aku ms kecik dl tak biasa dan tak suka sangat makan donut.bila dah tua2 nie lak raji n plak membuat dan makanan.gara2 belajar makan dunkin donut nie..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dr zaman budak sampai jadi mak2 ni belum pernah lagi try masak kuih gelang ni....hehe

      Delete
  3. ai pun suke cite pasal makanan ngeeee

    pagi tadi baru belikan kuih gelang untuk anak² :)

    ReplyDelete
  4. donut TB xbape skee..klu owg xreti buat nnti jadi keras sgt lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu, ada sesetengah harap bentuk je lawa, rasa hampeh....

      Delete
  5. Donot!! my son's fav! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan aku punya anak2....gila Big Apple!

      Delete
  6. Kalau kakak pulak panggil kuih tayar Mia..
    Sekarang dah dicommercialkan jadi warna-warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya pasal bentuk kuih ni bulat2 berlubang tu yang dipanggil kuih gelang atau kuih tayar kan kak...:D

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Suka donut juga. Dah lama tak buat donut.

    ReplyDelete
  9. zila kalo donut ni suka makan yg gentel kecik2 ala guli tu..gula xmo ok..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post