Makan Malam Semalam!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari ni dah mula balik keja selepas 3 hari bercuti. Hari ni keja dan esok, lepas tu dah hujung minggu, cuti lagi kan.....hehe

Semalam lepas ambik Shumi dari sekolah, hubby tanya masak ke nanti balik rumah? Aku memang jawab cam biasa je, masak, kan dah itu kewajiban seorang isteri dan Umi....cehh budget isteri mithali punya jawapan gitu :p

Tetiba hubby tanya, restoran Bintang Lagenda buka, kita singgah makan di sana.
Restoran ni selalu tutup sebab uruskan katering je, kami suka makan kat sana, makanan dia boleh tahan sedapnya....

Bak peribahasa, orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengikut je.
Hubby belanja makan. Tak payah masak malam ni...yeahhh! hehe

Sampai sana terus order dan terhidanglah menu di bawah ni...;p



Kuew Teow Goreng Ayam untuk Shumi dan Shamzi...dorang yang nak makan. Sepinggan bahagi dua sebab kuantitinya agak banyak.



Nasi Goreng Kampung extra pedass untuk Hubby....nak keluar air mata Hubby masa makan....huhu



Ikan Masak Asam Pedas, memang extra pedas punya untuk aku dan Damia. Tapi Damia tak makan ni lah, dia lebih suka makan nasi putih yang dicampur dengan kuah sup. Kalau makan kat Sabah ni, setiap menu akan dihidangkan dengan kuah sup sekali.



Licinnnnn.......Harga tiap menu RM6.00, caption dalam gambar tu aku tak boleh hilangkan tanda $ tu. Kalau betul $6, mau dekat RM13 sepinggan....hehe
Hubby bayar dalam RM19.00 untuk harga makanan di atas plus dengan air teh o panas kurang manis segelas untuk aku. Hubby dan anak-anak lebih suka minum air suam daripada minuman manis semua tu. Harga berpatutan untuk hidangan makanan yang sedap!

23 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Wah murah jugak kan ngan menu yg nampak sedap2 tuh...
    eehh tak sangka budak damia tuh boleh makan pedas yer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah dan sedap Ummu....
      Damia x mkn pedaslah Ummu hehe, dia mkn nasi putih dan sup :-)

      Delete
  2. Mmg murah lah Mia... nampak sedap jak semua... susah sdh mo cari tempat mkn yg sedap & murah skrg ni...kira OK lah kan....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Atiey. Susah mo cari restoran hidangkan mknan sedap dgn hg yg berpatutan...:D

      Delete
  3. nyum2 sedakknye..pepagi tgk kecur sbb TB blom makan pape lg ni hehe

    ReplyDelete
  4. terliur saya tengok Kuew Teow Goreng Ayam tuu

    ReplyDelete
  5. kuehteow goreng tu nmpk sedap...

    ReplyDelete
  6. Serba pedas sampai berasap telinga ye Mia..
    Kakak suka pedas tau Mia. Makan tak pedas tak puas..

    ReplyDelete
  7. tengok asam pedas dia cam sedap je

    ReplyDelete
  8. Harga sangat berpatutan, something yg special about Sabah, setiap meal dihidangkan sup, mmg best. Asam pedas konon kongsi dengan Damia la yer.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kononlah share dgn Damia padahal uminya yg bolot semua, Damia bukannya pun mkn pedas tu...hehe

      Delete
  9. Wahhh...isteri mithalilah ni kiranya hehe ...nak bagi suami makan air tangan binilah ni yeh....tp dapat peluang makan luar mmg best!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post