Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!
Selamat hari isnin semua. Pagi ni nak kongsi resepilah kononnya. Simple je sebenarnya. Ikan Masam Manis ala Umi....:p
Bahan-Bahan:-
Sepotong ikan putih (2-3 hidangan)
2 ulas Bawang Putih di ketuk
Bawang Merah di hiris
Halia di hiris
Lada Hijau di hiris
Sos Cili
Sos Tiram
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Air Asam Jawa
Minyak Masak untuk menggoreng
Cara Masak:-
Perapkan dahulu ikan tadi dengan garam, serbuk perisa dan air asam jawa. Biarkan dalam setengah jam gitu. Kemudian goreng ikan hingga masak tapi jangan terlalu kering.
Untuk kuahnya, tumiskan bawang putih, bawang merah, lada hijau dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula. Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah menjadi pekat. Tuangkan ke atas ikan tadi dan hidangkan.
Simple tapi sedap kata hubby! :D
Note : Blogspot rasanya company dah blocked. Try masuk website asyik denied saja. huhu
Ni pun update guna hp so agak tidak kemas sedikit. Nampaknya perlahanlah aktiviti post dan bw kali ni sebab semua terpaksa buat kat rumah sahaja.....:-(
nyum2
ReplyDeletehehe....
DeleteAmboiii.. sedapnyaaa.. =)
ReplyDeleteKalau yg makan kata sedap sah kena buat lagi lain kali ni Mia
ReplyDeleteps: kalau kena block susahlah sikit ye sebab malam dah dgn anak-anak pulak kan..
inilah ikan sweet sour yang mengiurkan semalam tu ek? thanks for sharing mia...
ReplyDeleteSedapnya moy.... :P
ReplyDeleteala siannyer kena blok plak ker..takperlah beblog bila ade peluang kan..
ReplyDeleteikan masam manis feberet sy jgk..nampak simple jer resepi mia, sy suka..:)
Tengok pun dah tau sedap Mia...kadang tu masak simple simple gitu mmg sedapkan!
ReplyDeleteSedappnya... nyum! pandai bah juga ko masak Mia :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!