Skip to main content

Sarapan sepanjang zaman # 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Dulu kan masa budak2, kami adik beradik amat jarang dapat makan makanan yang mewah-mewah. Nak bungkus makanan dari restoran pun amatlah jarang, ni kan lagi duduk makan kan restoran.
Mungkin setahun sekali je dapat makan kat luar, tu pun bukan restoran cuma di warung2 kecil yang menjual sup atau mee goreng 50 sen semangkuk .....kalau nak dibandingkan dengan anak2 aku sekarang ni, seminggu 1 2 kali dapat makan kat luar. Bukan sebab uminya ni malas masak tau..huhu  sesekali kan apa salahnya...

Untung anak2 sekarang ni kan.....tak kenal rasa susah.
Tetiba pulak sayu ingat zaman budak2 dulu...sob sob sob :-(

Tapi kan walaupun tak dapat makan kat luar, makanan yang mak sediakan merupakan makanan yang kami rasa paling sedap sekali masa tu walaupun ianya amat simple. 
Dulu kan mak selalu buat jemput2 kosong untuk brekpes kami. Jemput2 ni sebenarnya tepung gandum yang di adun dengan sedikit air dan dicampur garam untuk perisanya. 
Pastu goreng je bentuk bulat2. Bentuk bujur, lonjong ke, semua pun boleh. suka hati sebab nak di ngap juga kan.
Sedap tau makan panas2 sambil minum air kopi.

Teringat lagi, dulu kalau mak goreng mesti jemput2 tu tak sempat sejuk pun, dah kami abiskan adik beradik. Siap bergaduh berebut lagi.
Walaupun ianya cuma jemput kosong tapi rasanya itu lah sarapan kami yang paling best sekali masa tu. 

Dan sarapan tu sampai sekarang aku makan dan masakkan untuk hubby dan anak2. Dan dorang memang sangat suka tau. 
Tiap kali aku goreng penuh semangkuk jemput2 tu memang konpem abis. 
Shumi dan Shamzi siap rekues lagi masakkan jemput2 ni hari-hari. :D
Jemput2 kosong berperisa sedikit garam.

Tapi sekarang aku tak makan jemput2 ni dengan air kopi.
Aku dan anak2 makan jemput2 ni cicah sos cili. Memang sedap...dan jimat....hehe

Memang layak aku gelarkan ianya sebagai sarapan sepanjang zaman.....daripada mak, pastu aku hinggalah ke anak-anak Umi ni....



Note : Tak de picture, korang memang tahu kan camna rupa jemput-jemput kosong ni kan ;p 

Comments

  1. Kakak rasa siapa yg pernah hidup susah pasti tahu jemput-jemput ini Mia. Kakak dulu pun sama. Siap bawa bekal ke sekolah. Tapi biasa arwah mak kakak tumbuk bawang dan ikan bilis + kat tepung bagi perisa sebab tak ada sos dulu - miskin nak beli sos pun tak cukup duit agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a kak. dulu mana mampu pun beli sos cili. Terasa paling mewah klu dapat kicap. huhu

      Delete
  2. Anak2 kakcik pun memang bertuah berbanding zaman kanak2 kakcik dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kakchik....bertuah anak2 skg ni, tp kita kena ingatkan dorg juga hidup bukan selalunya senang kan..... :-)

      Delete
  3. jemput jemput kosong tu favourite farah jugak tu mia... cicah dengan cili sos...yummmy...kalau time hari hujan petang2 makan memang layan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg layan Farah...nak2 lg makan sambil minum nescafe panas....sedapppo...hehe

      Delete
  4. mmg aku dulu pun pernah hidup makan sarapan pagi ngan jejumput goreng gitu mia..panas2 mmg sedap..tapi kalau bg anak2 zaman skrang belum tentu lagi depa suka..untung anak2 ko tak cerewet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya jemput2 sesuai ngan selera anak2 aku Ummu...tu pasal dorg x komplen bila makan..hehe

      Delete
  5. RAsanya my mom pun selalu jugak buat jmeput2 kosong ni, kadang2 kami rquest letak cili kasi pedas2 sikit ihihi. itu la kami dulu pun adik beradik ramai, makan cukup tapi tak mewah2, sama la. Eh kalau goreng saomething special kat umah macam nugget ayam tu kan (owhh itu sangat special for us time tu) siap kira ni awal2 berapa sorang hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nas....klu ada mak masakkan somethin special sikit mesti nak bahagikan sama rata....klu x mmg ada yg merajuk...hehe

      Delete
  6. memang nostalgia... apa saja yang mak masak memang sedap... klu masak mesti habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nostalgic kan...mmg x kan lupa sampai bila2....:-)

      Delete
  7. jempot2 cicah sambal itam kicap itam buat pedas2 sket pn sedap daa..

    ReplyDelete
  8. Mmglah tahu bentuknya tapi kalau ada pic kan bagus Mia

    ReplyDelete
  9. Mmglah tahu bentuknya tapi kalau ada pic kan bagus Mia

    ReplyDelete
  10. Mmglah tahu bentuknya tapi kalau ada pic kan bagus Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang