Waktu sesuai minum air

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Nak kongsikan masa-masa yang paling sesuai minum air :-

  1. Minum segelas air semasa bangun pagi. Ini akan menolong mengaktifkan organ-organ dalaman kita.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan. Ini akan membantu sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik.
  3. Minum segelas air sebelum mandi. Ini akan membantu menurunkan tekanan darah kita.
  4. Minum segelas air sebelum tidur untuk mengelak serangan jantung atau strok.

Aku sebelum ni memang suka hati je bila nak minum air, maksudnya kalau dahaga barulah sibuk nak cari air. Kalau tak memang payah nak minum air.

Hubby memang selalu membebel aku kurang minum air, tu pasal bibir pun cepat kering dan tak selalu masuk tandas...huhu Kat opis aku cuba sedaya upaya cukupkan minum air sebab seharian ber air cond kan, mesti cepat sangat terhidrat....kulit cepat sangat kering.....

Kat rumah, aku memang tak pasang air cond. Hubby hari tu masa pindah rumah cakap nak pasang tapi aku tak bagi.....cukup kipas syiling je. Memang tak tahan dengan air cond. Dah le kurang minum air kan....huhu

Sama-sama lah kita amalkan tips di atas ye.... ni untuk aku juga sebenarnya, orang malas minum air...hehe

4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Bagus tips ni Mia...
    boleh diamalkan nnti... aku ni di opis aircond sejuk btl..mmg ndak tahan..di rumah kipas jak..:)

    ReplyDelete
  2. Dah pernah baca sebelum ni....yg baik apa salahnya kita amalkan Mia...

    ReplyDelete
  3. Dah pernah baca sebelum ni....yg baik apa salahnya kita amalkan Mia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post