Aneka Petua - Mia - Memories of Mine

Latest

Friday, September 27, 2013

Aneka Petua

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Petua-petua yang aku nak kongsi actually dapat dari message whatapps seorang kawan. Tak tahu keberkesanannya, tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan.....

  1. Mengurangkan masalah semut, simpan kulit timun kat laluan semut tu ataupun kat sarang dia....semut katanya tak suka dengan timun.
  2. Untuk mendapatkan ais yang bersih dan tulen, gunakan air yang telah dididihkan untuk membuat ais.
  3. Untuk menjadikan cermin lebih berkilat, gunakan minuman sprite. Yang ni aku nak cuba, berkesan ke tidak
  4. Untuk menanggalkan chewing gum yang terlekat kat pakaian, simpan pakaian dalam freezer dalam sejam, lepas tu ianya akan tertanggal.
  5. Untuk memutihkan pakaian yang berwarna putih, rendam dalam air panas yang disimpan beberapa hirisan lemon selama 10 minit gitu.
  6. Untuk mengilatkan rambut, ambil satu sudu cuka dan lumurkan di rambut kemudian basuh sehingga bersih.
  7. Untuk mengelakkan keluar air mata semasa memotong bawang, makan chewing gum......menarik ni hehehe
  8. Untuk cepatkan proses merebus kentang, kupas kulit kentang dari satu arah sahaja......aku suka hati je kupas kentang, cam skema pulak nak kupas cantik2...hehe
  9. Untuk menghalau tikus, taburkan sedikit lada hitam dilaluan tikus. Tikus katanya tak suka lada hitam.
  10. Untuk menghilangkan dakwat daripada pakaian, bubuh ubat gigi kat dakwat tu dan biarkan ianya kering sepenuhnya. Pastu boleh basuh seperti biasa.
Selamat mencuba !!



Note : Mood ngantuk hari ni........zzzzzz

15 comments:

  1. banyak tips yang nak kena cuba nie mia..silap2 aribulan kena dtg rujuk balik nie berkali2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu...aku pun dpt dr kawan juga ni.....

      Delete
  2. Oh.. macam tu lain kali kalau ada kenduri-kendara nak rewang sediakan chewing gum utk mereka yg ditugaskan kopek bawan Mia... Kakak baru tahu hari ini tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu le tu kak...pasni boleh cuba le klu nak potong bawang...hehe

      Delete
  3. Bagus petua ni. Nanti boleh cuba bila ada chewing gum lekat kat pakaian..

    ReplyDelete
  4. Petua2 yang mesra alam, saya suka. Nnt boleh cuba tapi part chewing gum tu tak boleh la, saya tak suka. hehehe

    ReplyDelete
  5. Nak cuba jugaklah Mia manakah tau menjadi!

    ReplyDelete
  6. Nak cuba jugaklah Mia manakah tau menjadi!

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!