Skip to main content

1st Outing Mr.Hubby

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Salam sabtu semua.......korang buat apa sekarang ni, mesti ada yang bersiap-siap nak keluar membawa keluarga berjalan-jalan, maklumlah gaji dah masyuuk kan. hehe

Aku memang nak keluar dengan family hari ni, memang nak ber jjcm tapi sebab utama adalah sebab nak servis cik alputih tu.....appoinment dah buat hari ni. Nasib baik Nissan buka perkhidmatan service pada hari sabtu dan ahad, tak payahlah sibuk2 nak ambil cuti kan....

Hari ni aku cite sikit pasal hubby aku ni. Semua memang dah tahu dia minat giler dengan fotografi kan. Banyak gambar-gambarnya aku dah publish kat blog ni.
Selalu dia ambik gambar sorang2 je atau semasa kami keluar berjalan-jalan. Belum pernah dia keluar dengan rakan-rakan fotografinya bersama2 snap gambar. Bukannya Hubby tak mahu tapi masa amat terhad. Hubby cuma berkomunikasi dengan dorang melalui laman Facebook.

So hari ni dalam sejarahnya Hubby berkesempatan berjumpa dengan rakan2 fotografinya yang sebelum ni hanya dikenali melalui Facebook. Awal pagi hubby dah keluar berjumpa dengan rakan-rakannya, sebab nak capture gambar di awal pagi. Moment di awal pagi sewaktu matahari baru terbit sangat menarik kata Hubby.



Antara rakan-rakan fotografi Hubby. Baru dapat bersua muka yang sebelum ini hanya bercerita tentang minat yang sama dalam laman facebook.




Antara hasil yang sempat di snap oleh Hubby tadi pagi


Dan satu lagi...



Note : Bestnya kalau boleh jumpa rakan-rakan blog pula.....:D
Extra Note : Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas......


Comments

  1. pemandangan sunrise memang mengagumkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengo matahari terbit mmg menenangkan jiwa... :-)

      Delete
  2. salam hari minggu mia..
    hubby ko mmg terer lah bab fotografi nie..mmg semua foto yg diambilnya first class gitu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hari minggu juga ummu....
      x lah sampai 1st class ummu, biasa2 je... :-)

      Delete
  3. Omg cantik cantik nyer gambar. Kalau ada sendiri sana capture those moments memang best la kan, kit ayg tengok gambar ni jer pun dah rasa tenang. Ohhh saya lagi la kalau nak jumpa rakan blogger tak tau la bila dapatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang kan tengo view camtu..kalau kita dapat jumpa kan best....nak juga tengo jj yang jelita itu...hehe

      Delete
  4. Suka dgn gambar yg bawah sekali tu....cantik sangat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a