Menu berbuka - Mia - Memories of Mine

Latest

Thursday, August 1, 2013

Menu berbuka

Assalamualaikum

Sori yek pagi-pagi ni post gambar makanan lah pulak......(^_^)
Ni antara menu berbuka puasa aku dengan hubby. Simple jak tapi rasanya memang sedap.


Nasi kukus ayam berempah dan sanggar keju @ pisang goreng berkeju.
Semalam kami berbuka dengan menu di Restoran Ummi Aisyah di Alamesra, Jalan Sulaman.
1st time makan kat restoran, kiranya nak mencuba tempat makan yang baru. Tak sangka makanannya sedap. Harga satu set nasi kukus tu RM7.50 sepinggan dan sanggar keju tu pula satu set RM4.00. Harganya berbaloi dengan mutu makanannya.




Menu yang dua ni aku masak sendiri hari minggu tu. Nasi goreng kampung ala Ummi sebabnya tak berapa nak cukup bahan, sayur kangkung dan bilis takda so hentam sajalah...hehe
Menu yang kedua tu tu pulak Sweet n Sour Fish. Aku guna isi ikan sejuk beku tu, memang rasanya tak segar tapi bila dah campurkan dengan sos semua tu, hubby cakap sedaplah juga.




Hari ni belum tahu lagi menu apa yang dimasak untuk berbuka. Jadi Umi dan isteri ni susah sikit kalau memilih menu untuk makanan seisi keluarga, payah nak memikir menu apa yang dimasak hari-hari kan. Hubby lain seleranya, anak-anak pula tak tahan pedas, ada yang tak makan ni, ada yang tak makan tu. huhu





Ok tu jak....sambung keja balik. Nak siapkan keja dalam masa dua hari ni sebab nak cuti panjangkan.....TaTa




Note : Sanggar = pisang dalam bahasa Bugis Tawau

12 comments:

  1. mcm menarik jer sanggar keju tu... xpernah g makan...

    ReplyDelete
  2. wah..sedap semua menu2 tuh mia..
    betul tuh mia kalau part nak pilih2 menu nak masak selalu fening2 kepala gak kadang2..

    ReplyDelete
  3. Mmg pening kalo hubby dan anak2 lain selera kan?kurg2 kene sedia 3jenis lauk.Tp,bila tgk diorg berselera mkn..rasa berbaloi:)

    ReplyDelete
  4. sedappp bah nampak menu berbuka Mia ni..lama plak ndak makan sanggar cheese ni..:)

    ReplyDelete
  5. Sekarang sana-sini trend pisang goreng cheese kan Mia. Anak kakak suka betul. Siap ada coklatnya lagi. Tapi kakak tetap suka pisang cecah sambal kicap juga (org kampung kan..)

    ReplyDelete
  6. La....ingatkan apa Sanggar keju tu, tapi bila KZ cakap pisang baru perasan, tak nmpak macm pisang...ingatkan apam gula melaka tu

    ReplyDelete
  7. tengok gambaq pon sodap tu makk.,ahHKs

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!