Skip to main content

Hanya merancang

Assalamualaikum

Tajuk cam serius bunyinya tapi sebenarnya taklah seberat mana...
Cuma itulah kan kita manusia biasa hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan samada perkara tu berjalan dengan sempurna seperti apa yang dirancangkan atau tidak.

Ingat lagi ke post berkenaan kuih cincin tu.....dalam perancangan memang nak jual kat rakan-rakan blogger tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan dan juga masa yang amat terhad, rancangan nak jual kuih cincin tu tergendala sementara. In sha Allah, perancangan itu akan diteruskan juga. Minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan yang berminat nak beli kuih tu.
Itu apa yang dirancang bulan Jun yang lalu......
Tak jadi.....

Dan baru-baru ni dapat Blogbuster Campaign daripada Nuffnang. Email dihantar oleh pihak Nuffnang pada 17hb tu tapi hanya terbaca pada 25hb yang lalu....tarikh tutup penyertaan semalam 30hb. Ikut perancangan memang nak buat video tu dengan hubby hujung minggu tu tapi sekali lagi kan, kita hanya mampu merancang. Hujung minggu tu sangat sibuk sebab seharian keluar pergi mencari barang-barang untuk raya ni. Sampai rumah dah penat, mood nak buat iklan pun dah tak ada. Harapnya en.Nuffnang tak merajuklah dengan blog ni yek. 

Tapi itulah kan, walaupun apa yang dirancang tidak menjadi, itu bukannya alasan kita untuk berputus asa......selagi ada jalan, kita kena terus berusaha....yakin boleh ! jak....





































Note : tak berkaitan dengan entri kat atas, saja nak bagi tahu mood sekarang 
telah bertukar kepada CUTI-CUTI raya......Tak sabarnya cuti minggu depan !






Comments

  1. sama la kita x sabar nak cuti

    ReplyDelete
  2. Memang betul tuh..kdg biarlah sst itu berlaku secara natural tanpa dirancang...
    btw..gambar tayang tuh mmg menggoda tuk bercuti2 tuh...:)

    ReplyDelete
  3. Betul Mia dalam keadaan bulan ramadhan lagi rasanya kalau nak buat video tu kalau tak betul-betul baik tangguhkan dulu. Kadang memang dah rancang tapi ada yg lebih penting tu yg tergendala

    Dah tak sabar nak cuti ye Mia:)

    ReplyDelete
  4. xsabar sgt nak cuti... nak rehatkan minda yg penat ;)

    ReplyDelete
  5. sama la kite. x de mood dah nak buat keje. tunggu nak cuti je.

    ReplyDelete
  6. semua sekarang ni badan je kat opis fikiran dah melayang kat kampung dah pikir cuti je hahahaha

    ReplyDelete
  7. saya tak sempat nak join..igt hari nie dateline dia..huhu

    ReplyDelete
  8. Kta hanya mampu merancang.. yang menentukan DIA..
    sama lah kita Mia..ada plan konon mo jual amplang raya ni, last ndak jadi jugak..huhu

    ReplyDelete
  9. Tak per. Klo ko bukak order aku nak beli tau ☺☺

    Byk kali dapat BBC ni. Tapi tak reti nak buat...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. kalau bukan rezeki sekarang mungkin esok lusa ada lagi Mia jangan risau!

    ReplyDelete
  11. betul lah tu kita hanya mampu menrancang aje kan !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a