Doktor oo Doktor

Assalamualaikum

*Perhatian : n3 bukan bertujuan untuk memburukkan mana2 pihak, sekadar berkongsi pengalaman.

Malam rabu tu bawalah si Damia ke hospital sebab batuknya agak teruk...keras bunyinya, cam kahak tak dapat nak keluar....kiranya nak minta sedut ubat untuk cairkan kahak tu....Ok sampai sana, ambil no, tunggu giliran, sementara tu nurse ambik suhu dan tekanan darah Damia....demam terus sumbat ubat kat bontot....

Setelah lebih kurang sejam tunggu giliran sebab malam tu ramai pulak patient....no kami pun kena panggil...masuk bilik doktor dan mulalah perbualan kami ;-

Doktor : Napa mama, sapa sakit ? sambil tulis2 sesuatu di kertas.

 

Aku : Anak, suda 3 hari demam belum baik lagi...lepas tu batuk lagi..

Doktor : Sambil menulis2....semua ok kah, minum susu, makan macam mana?

Aku : Minum susu macam biasa cuma makan kurang selera sikit.

Doktor : Ok, saya bagi ubat demam dan ubat pecah kahak. Tapi mama, farmasi suda tutup, ubat kena ambil besoklah..

Aku : Boleh..tapi doktor macam mana mo kasi hilang kahaknya ni...

Doktor : Kahak akan cair kalau minum ubat tu....

Aku : Ya saya tahu tapi malam ni saya risau, macam mana mo kasi hilang kahaknya tu..

Doktor : Kahaknya akan cair lepas minum ubat tu nanti....masi tida paham ni doktor..

Aku : Ubat ambil besok kan,.malam ni macam mana mo kasi reda batuknya....tidak boleh bagi ubat sedut kasi cair kahaknya tu kah....

Doktor : Ohhh ya....bole juga... Terus panggil nurse suruh prepare ubat sedut tu...Masih lagi juga menulis2

Aku : terima kasih...


Tujuan aku bawa Damia pegi hospital malam tu juga nak minta ubat bagi cairkan kahaknya malam tu juga sebab dah keras sangat bunyi batuknya, tidur pun tida selesa.....Aku balik2 tanya kalau ubat ambil besoknya, malam tu macam mana.....aku memang tahu kalau kes2 cam ni selalunya doktor bagi ubat sedut yang tekup kat mulut tu.....tapi doktor tu macam blur saja atau sengaja buat2 tak tahu.....last2 aku pula yang suggest bagi rawatan camtu dan dia agree pula.....dahlah masa aku bawa Damia jumpa dia, langsung dia tak sentuh ke, check jantung ke, apa ke si Damia.....dia asyik menulis saja....isk isk isk

Aku tahu bukan semua doktor cam ni..... masih ada yang betul2 berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab dorang.....tapi kan selalu kita dengar peribahasa, Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.....

Sebenarnya aku suka perkhidmatan seorang doktor di sebuah klinik swasta tapi klinik dorang tak buka 24 jam.....huhu



 
Budak demam dan batuk, masih gigih bermain dengan rak tempat simpan risalah tu.....

16 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. tak pernah lagi buat sedut cam tu bila ank kahak, sesetengh org cakap bila dah terbiasa..lama-lama akan akan jadi "penat" (sesk nafas)

    ReplyDelete
  2. Tak lihat langsung Damia hebat betul doktor ini ye Mia...
    Harap dialah satu aje doktor yg macam itu.

    ReplyDelete
  3. doktor tu dah penat kot. tu yg lambat tangkap ape yang mu dok cakap. hehehe

    ReplyDelete
  4. Siannya damia. Smoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. Sibuk tulis surat cinta kot..hihihi...
    Damia, semoga cepat sembuh ya..rajin2 makan ubat k.. :D

    ReplyDelete
  6. mia mau jadi doktor sendiri erk..? mgkn dia penat kot..

    ReplyDelete
  7. ada jugak doktor cam tu kan. boleh pulak tangguh tangguh sampai esok...

    ReplyDelete
  8. binggung kali tu doktor kah...

    ReplyDelete
  9. I was told that doctors are very good at multitasking, tapi kalau langsung tak dengar atau pay attention, how la kan. Kalau I sakit hati jugak dapat layanan macam tu.

    ReplyDelete
  10. tak usha2 ke tgk apa yg doc tu dok sibuk tulis2 tu....ish...bosankan tgk org yg nak tak nak je jlnkan tgjwbnya

    ReplyDelete
  11. MAYB DOKTOR X FAHAM KOT..HIHI
    ATHIRAH (ANAK BUI) KALAU BATUK KUAT,MMG BUI AKAN BAWAK G NEB..KAHAK AKAN CAIR,TIDUR PUN LENA LEPAS TU

    ReplyDelete
  12. susah plak doktor mcm tu kan..kadang2 sakit hati juga kita..
    apa pun sabar jak lah..moga Damia cepat sembuh batuk nya..:)

    ReplyDelete
  13. semoga damia cepat sembuh... adehh...kadang2 doktor ni kita kena bagi tau baru dia sedar... hu hu hu...

    ReplyDelete
  14. memang biasalah tu Mia...doktor pun macam2 jugak hehe..... sikit pun dia tak check ek...tanya mak je ...cer check apa yg patut tu...puas lah hati kita sikit!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post