Skip to main content

Dari Kampung

Assalamualaikum

Post khas bersiaran dari kampung........hehe
Semalam tak sempat nak update blog sebab balik kampung, mak ada buat makan2 sikit sebab nak raikan hari lahir kakak aku yang sulung tu, anak buah dan juga mak sendiri.....kakak dan anak buah aku tu kongsi tarikh hari lahir yang sama 27hb April dan mak pulak 12hb April yang lalu tu.....

Sebelum balik kampung kami ke Kudat dulu sebab nak hantar kain buat baju melayu, semestinya untuk raya ni.....mesti korang akan tanya napa jauh benar     potong baju melayu tu kan....kat KK takde ke ??? bukannya takda, memang berlambak tapi kami dah biasa dengan tukang jahit yang seorang ni.....seorang apek cina.....dia kalau jahit baju melayu memang kemas dan harganya pun berpatutan....sangat puas hati dengan hasil jahitannya......hubby buat seluar keja dan baju batik pun tempat apek ni.....

Dalam jam 4 ptg sampai kat Kota Marudu, mak dah preparekan semua makanan.....kami tinggal bawa perut dan makan....bak orang ngantuk disorongkan bantal gitu......terima kasih mak.....
Malamnya tengah rileks2, bapa ngadu pening2 lepas tu termuntah2......risau sangat takut bapa terkena darah tinggi, kami paksa dia pegi ke klinik....mula2 memang dia tak mahu tapi mungkin tak tahan dengan bebelan anak2nya ni, akhirnya terpaksa mengalah.....
Sampai kat pekan, tengo klinik semua dah tutup...terus gerak ke hospital...kat hospital sekali lagi dapat perkhidmatan yang agak kurang cemerlang dari staffnya......maaf nak sebut ye, tapi rasanya perkhidmatan di hospital kerajaan harus ditingkatkan lagi.....tegur sikit takda salahnya kan......
Hampir sejam setengahlah juga kami menunggu untuk mendapat sesi rawatan yang tak sampai pun 10 minit........nasib baik tekanan darah bapa ok, cuma dia terkena gastrik, agaknya sebab dia tak makan tengahari sebelum tu......susah juga nak nasihatkan bapa yang kuat sangat keja ni kan.....


Ni entri auto-publish......foto2 tak sempat nak tempek so layan cerita ja lah ya.....


Comments

  1. salam mia..selamat menyambut hari jadi utk semua disana yer..enjoy makan makanan yg best2 kat kg tuh..sian bapak mia yer...hospital govt agaknya masih buat keje acuh tak acuh jer yg jdkannya tak efisen kan..

    ReplyDelete
  2. semogA bapa sis cepat baik yeaaaaa..... :)

    ReplyDelete
  3. semoga bapa kak mia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. Selamat pulang ke kampung.
    3 in 1 sambut besday.....jgn lupa upload gambar..

    ReplyDelete
  5. Hope ur father get better by now. Have fun in kampung, amboi dah prepare baju raya siap2, yer la I heard banyak tempat dah tutup tempahan pun kan.

    ReplyDelete
  6. Betul tu Mia memang risau sangat kalau org tua ni lain dari kebiasaannya...
    Tulah kadang tu nak cakap pun serba salah tapi gitulah adanya....nak buat camne bayaran pun murah dpd hospital swasta so terpaksalah ....redho!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang