Belajar - Insurans Kereta

Assalamualaikum
Hari ni 'Cikgu' nak ajar sikit pasal insurans ni (wah tetiba jadi cikgu pulak....) :P Bukannya apa, semalam kawan ngadu sebab dia kena marah dengan customernya insurans dan cukai jalan keretanya terlampau mahal.......sila ambil perhatian yek......semakin mahal dan besar kapasiti kereta anda, maka semakin mahallah juga insurans dan cukai jalannya...So sapa2 yang terpikir nak beli kereta yang agak mewah tu, sediakanlah wang untuk maintenance dan lain2 juga yek....Ok sedikit tips dan info mengenai insurans kenderaan :-
  1. Jumlah bayaran insurans adalah berdasarkan kapasiti enjin kereta anda...tak tahu apa itu kapasiti ?...cuba check dalam kad pendaftaran kereta yang dari JPJ tu, kan ada capacity tertulis sana tu...kalau keta kancil ada yang 660cc, ada yang 850cc....ni insurans dia murah jak, kalau yang cc dia sampai 4000cc tu macam toyota land cruiser tu, paham2 jaklah berapa bayarannya yek...
  2. Jumlah bayaran insurans juga ditentukan berdasarkan jumlah yang anda insuranskan atau dalam bahasa insuransnya 'Sum Insured'...lepas ni check polisi insurans anda, berapa amaun yang telah anda insuranskan....sebab kenapa mesti check ? orang selalu salah sangka, kononnya jika dorang suda membeli insurans kereta, apa2 yang berlaku nanti akan ditanggung oleh pihak insurans.....jawapannya TIDAK....pihak insurans hanya akan menanggung berdasarkan jenis perlindungan insurans anda dan berapa jumlah yang anda insuranskan.....
  3. Jenis perlindungan insurans yang selalu ada dalam pasaran ialah perlindungan comprehensive (keseluruhan termasuk kecurian, kemalangan dan kebakaran) dan perlindungan Third Party (orang ketiga)...Yang Third Party ni pemes sikit sebab murah dan mereka2 yang tiada budget nak beli insurans masa tu tapi harus ingat sebab perlindungan ini hanya akan melindungi pihak ketiga yang anda langgar....kereta sendiri kalau rosak akibat kemalangan tu, sendiri tanggunglah jawabnya.....sebab tu nama dia Third Party aka Orang Ketiga...
  4. Ni yang selalu orang tak paham......jumlah yang ingin kita insuranskan adalah berdasarkan kepada harga pasaran kereta masa tu....nak tentukan harga pasaran ni memang payah sebenarnya, tapi saya bagi tips sikit....Contohnya kalau tahun ni ko baru jak beli keta dan jumlah diinsuranskan adalah sebanyak RM50,000....tahun yang kedua ko kurangkan sebanyak 5% atau 10% bergantung kepada model kereta....ada sesetengah model macam Toyota penurunan harga kereta dia lambat sedikit jadi dalam 5% tu kira ok la untuk kurangkan jumlah yang diinsuranskan tu....
Sebenarnya banyak lagi yang boleh bagitahu tentang insurans kereta ni.....satu hari satu malam memang tak abis cerita....moga2 sedikit tips ni boleh membantu kawan2 semua yek......

14 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. BGS INFO NI SBB KEBANYAKAN ORG MMG X AMBIK TAU PASAL NI..YG DORANG TAU MEN BYR JER..

    ReplyDelete
  2. tq share bagus info ini

    ReplyDelete
  3. TQ TQ..bagus info nie especially untuk orang macam saya yang hanya tau bayar & renew license setahun sekali :)

    ReplyDelete
  4. err kalau insurans mulut plak, err ada 3rd party tak?ngeh3

    ReplyDelete
  5. Pelajaran utk hari ini. Mekasih cikgu...hehehe...

    ReplyDelete
  6. Besar periuk besarlah keraknye...hehehe

    ReplyDelete
  7. as-salam..
    betul tu :D
    selalunya suami yg settle..hihi

    pa pe pon tenq kak ilmu utk hari ni :D

    ReplyDelete
  8. good info..:) tapi dulu masa husband nak bayar road tax keta dia pi kat jpj kan..memula kena bayar mahal..sekali boleh tukar buat insurans yg murah sikit...huhu

    ReplyDelete
  9. Kereta saya kena langgar. Dua pintu sebelah driver hancur. Orang yg langgar lagi. Sempat dapat no plate kereta dia. Saya nak claim insurance. Org yg melanggar dalam kes ni macam mAna?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post