Skip to main content

Nasib baik dia pelanggan...

Assalamualaikum...
Sekadar ingin berkongsi pengalaman semasa berhadapan dengan pelbagai pe'el pelanggan...kerjaya saya dari dulu hingga sekarang memang berdepan dengan pelanggan....dulu abis periksa STPM, saya pernah keja di kedai menjual pakaian dan kasut lebih kurang 2 bulan....macam2 pelanggan yang saya jumpa.....tapi tidaklah begitu mencabar....mungkin sebab hanya orang2 kampung yang bertandang di kedai tu yakni tempat kelahiran saya sendiri, Kota Marudu....orang kampung biasalah, rasa rendah diri dan hormat dengan orang lain tu masih tebal dalam diri mereka (termasuk sayalah tu :P) 
 Lain pula semasa duduk di Kota Kinabalu ni.....tahun 2002 abis ja pengajian di UMS saya terus keja di McDonalds sebagai Customer Care Representative....keja saya handle birthday party dan large order yang diadakan di outlet Mcdonald dan rumah2 customer.....sepanjang 3 tahun keja di McDonald, pelbagai gaya dan ragam pelanggan yang saya jumpa dan terpaksa hadapi....kalau kena dengan pelanggan yang baik hati dan hormat dengan kita kira bertuahlah tu.....tapi kalau kena dengan pelanggan yang anggap kita ni kuli dorang, betul2 akan menghilangkan mood kita satu hari tu....huhu... ada pelanggan yang sombong gila yakni hidungnya terlampau tinggi ke langit sampai cakap dengan kita pun guna ekor mata ja.....(sila bayangkan sendiri keadaan tu, memang sakit hati)...disebabkan keja terpaksa terima dengan senyuman ja (^_^)..ada sekali tu ada seorang pelanggan datang nak booking birthday party buat kat rumah dia.....sambil2 ambil detail dia, dengarlah apa yang dia cakap......"saya sebenarnya mo buat party tu dihalaman rumah saja tapi takut pula bila budak2 tu berlari2 bermain, tercalar keta Mercedes Benz yang parking depan rumah tu" saya mula dah rasa meluat dia cakap macam tu....tapi dia masih lagi dengan selamba bercakap "kalau buat dalam rumah, nanti rosak pula piano yang harga RM 10,000 tu" betul2 menyampah tahap gaban suda,  rasa2 mo lempang saja mukanya masa tu bagi kesedaran sikit, harta dunia saja tu, bukannya boleh bawa mati pun.....ntah apa motif dia bagitahu semua benda tu..........nasib baik dia seorang pelanggan, tetap bagi dia senyuman (^_^)
Tahun 2005 saya berhenti keja di McDonald sebab dapat offer dari sebuah syarikat Insurans....walaupun keja duduk di opis tapi masih juga berdepan dengan pelanggan....kena marah oleh pelanggan tu amat biasa kalau bekerja di company insurans terutamanya semasa membuat tuntutan insurans.....tapi saya tak nafikan hak pelanggan tu sebab CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.....tapi tidak salahkan gunakan sikit nilai2 murni tu sikit....janganlah suka hati maki orang, cakap bodoh dan sebagainya.....saya bernasib baik sikit sebab bukan di bahagian tuntutan, tapi kawan sekerja saya yang seorang tu kesian.....tiap kali kena marah dan maki oleh pelanggan terpaksa berdiam diri ja.....saya nak nasihatkan kepada sapa2 yang ada mengambil insurans, sila baca kontrak yang diberikan kepada anda sebelum ditandatangani kerana semua tuntutan akan dibuat berdasarkan kontrak tersebut......kalau masih tidak berpuashati juga, kan boleh buat aduan di tribunal pengguna tu....tak payahlah nak maki2 orang..........hari tu, ada seorang pelanggan marah2 dan tak puas hati sebab nama dalam polisi insuransnya tidak ada TITLE aka PANGKATnya......betul2 rasa terkejut, disebabkan pangkatnya, hilang segala ilmu dan pendidikannya.....ish ish ish....kan setiap borang rasmi yang kita isi, nama adalah seperti tertera dalam kad pengenalan.......sebab itu sahaja yang boleh diterima pakai dari segi undang2 jika berlaku apa2 nanti.....dalam kad pengenalan tu ada simpan DATUK ke? ada simpan TAN SRI ke? ada simpan PUAN SRI ke? (maaf kalau ayat agak pedas sedikit)
tapi bukannya semua pelanggan jenis macam tu....memang masih ada hormat dengan kerja orang lain, masih ada yang mempunyai budi bahasa yang tinggi dan saya amat berterima kasih dengan pelanggan yang macam ni.....sekali lagi mohon maaf jika ada yang terkecil hati dengan n3 saya hari ni....sekadar ingin berkongsi pengalaman......(^______^) peace !!!!!!

Comments

  1. JENIS2 MANUSIA MCM TU INGAT DUNIA NI KEKAL ABADI KOT..TERINGAT PULAK DEKAT CERITA HUBBY,ADA MEMBER DIA TU BARU PAKAI TOYOTA CAMRY DAH TENGOK ORG PAKAI LOBANG IDONG (kiasan bagi org yg sombong)

    ReplyDelete
  2. mmg klu kje hadap pelanggan mmg kdg2 sakit hati je

    ReplyDelete
  3. tue la kena banyak sabar kan melayan pelanggan

    ReplyDelete
  4. Itu asam garam yg biasa bila bekerja berhadapan dgn public!Kak zan pun pernah merasainya.
    Tak boleh lupa peristiwa bekerja di sebuah kedai selepas SPM..pelanggan asyik datang kedai..bukan nak beli barang tapi nak ngorat kakak!!Benci betulll!!

    ReplyDelete
  5. Teruk kan org2 mcm ni. dulu sy pernah keja d bhgn call centre astro. Aduii.. masak owh telinga. buat2 tuli ja la. diam nda menjawab ja sy. jln terbaik. hahahah.. tp sy mmg salute sama org2 yg hari2 kena bedepan dgn customer ni sbb sy nda mampu. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Customers is always right...itu lah cabaran nya bila kerja customer service kan. Macam2 ragam pelanggan yg kita jumpa.

    ReplyDelete
  7. Mia...memang ragam manusia mcm itu kan.. heran sa.. sebab kaya sikit sudah sombong, riak.. ermm, dulu sy pun sllu kena mcm tu..tapi tu lah Customer always right kn... cuma , tak salah klu kita amalkan nilai2 murni dlm hidup.. bukan rugi apa pun..huuhu..

    ReplyDelete
  8. haha tercalar ah keta merc dia mia. tambirang juga tu orang tu..

    ReplyDelete
  9. manusia ni mcm2 ragam. kdg x paham ngan diorg yg terlalu sgt menjaga status diorg ni.

    ReplyDelete
  10. kalu saya jadi kamu saya jwb begini


    "lah... merc jerk?"


    belom ferrari lagi kan....


    hahaha

    ReplyDelete
  11. Biasalah bila dah kaya pandang kita ni sebelah mata aje...lumrah hidup kan..

    ReplyDelete
  12. Nak tergelak plak bila dia mention pasal keta ngan piano ia yg mahal tu...Sabaq je la..

    ReplyDelete
  13. memang sakit hati dan 'makan dalam' menghadap pelanggan macam tu tapi apa boleh buat kan...dah keja namanya...sabar ja lah......huhu

    ReplyDelete
  14. macam2 perangai kan... biasala resam dunia.

    ReplyDelete
  15. memang manusia kaya sikit dah lupa diri . frasa customer is always right tak boleh pakai dah zaman sekarang sebab pelanggan zaman sekarang banyak yang meroyan . lol haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang