Assalamualaikum
N3 ditulis khas untuk Harimau Malaya kita.....satu Malaysia sedang meraihkan kejayaan pasukan bola sepak kita di atas kejayaan mereka mengalahkan sang Garuda semalam dengan 2 gol berbalas 0.....mula-mula memang cuak juga tengok sebab asyik2 pasukan Indonesia sahaja yang membuat serangan pada awal permainan....bola jarang sampai ke kaki pasukan kita.....tapi nasib baik pasukan kita masih kental dengan semangat juang mereka, masuk minit ke 20 mereka mula membuat serangan dan hasilnya tidak sia2 apabila mereka menjaringkan gol yang pertama untuk Malaysia......dan 10 minit kemudian jaringan kedua pula dihasilkan.......memang betul2 tidak diduga....tapi syukur sampai ke akhir perlawanan pasukan kita masih membuat serangan dan pada masa yang sama bertahan daripada serangan yang dibuat oleh pasukan Garuda.......dan akhirnya wisel tamat dibunyikan menandakan tamat permainan dan sah pasukan Harimau Malaya menang !!!!
eehhhh macam jadi pengulas sukan pula saya.....padahal bukannya tahu pun pasal bola....setakat tengo 2 3 perlawanan sahaja.....kadang2 peraturan perlawanan bola sepak pun tidak tahu....off side tu sampai sekarang saya tidak faham....setiap kali tengo perlawanan bola sepak benda itulah yang saya tanya kat hubby.....apa bendalah off side tu.....kalau hand ball tu tahulah...sah2 bola tidak boleh kena tangan, suda namanya bola sepak, mesti disepak bukan ditampar....kadang2 heran juga napalah orang suka betul tengo perlawanan bola sepak ni....sebiji bola yang mula2 diletakkan di tengah padang, pastu ditendang disana sini dan cuba dimasukkan kedalam pintu gol....emmm penat saya menengoknya....tapi sebab hubby dah minat saya mesti hormat dengan aktiviti kegemarannya tu......tak dapat main bola di padang, PS2 tu lah yang dihentamnya, sampai saya rasa nipis dah cd game yang memang sedia nipis tu....berbalik kepada cerita Harimau Malaya kita tu, TAHNIAH kepada mereka dan semoga terus berjaya dan berjaya.....(lepas ni dorang lawan pasukan Thailand pula)
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!