Skip to main content

Misi Sihat bersama Herba Life

Assalamualaikum.......
Dulu saya kurus jak tau.....masa belajar di UMS dulu badan slim gitu ala-ala model (sila jangan ketawa k, serius memang betul kurus cam model, macam saya pula yang mo termuntah) Tapi semenjak kahwin dan beranak 3 ni, lelemaks-lelemaks semakin membiak pula di badan terutamanya di bahagian perut, paha dan lengan....amatlah tidak selesa...tapi orang cakap memang begitulah kalau lepas kahwin ni...badan akan membesar secara drastik....dulu berat dalam 50 gitu, sekarang......malu pula mo tulis sini tapi saya seorang jujur konon, so tulis jugalah sini, berat lepas bersalinkan si Damia ni adalah 63kg <--- tulis kecil sebab terasa malu jugak...hehe
Motif cerita pasal berat dan lelemaks ni.....sebab start hari isnin tu, saya dan hubby ikut satu program seminggu bersama Herba Life....ala semua pun mesti tahu tentang Herba Life ni, makanan tambahan yang sihat...yang minuman teh dan shake tu.....tiba2 terjebak dengan Herba Life bukannya apa, hari tu mama mertua kena darah tinggi dan kolesterol dalam badan yang melampau...ubat-ubat biasa memang nda bleh guna suda...cari ubat sana sini, sampailah dorg terjumpa dgn produk ni....testlah seminggu minum dan ikut jadual pemakanan yang disarankan...dan hasilnya memang menakjubkan sebab darah tinggi mama mertua dah stabil, kolesterol pun menurun....so dorg pun mensuggestlah kamin untuk cuba produk ni...demi untuk kesihatan dan mo menurunkan berat, saya dan hubby pun try testlah dan tidak sabar mo tengo resultlah hari jumaat ni...hehe (kalau menurun oklah, tapi kalau itu2 juga apa boleh buat kan, cuba lagi)


Ni tempat yang kami ikut program tu....actually tempat ni kira macam satu kelab kesihatan yang menjual produk Herba Life.....



Program yang kami join...RM70 untuk 5 hari + 2 hari percuma.....kami hanya perlu datang ke sini dan minum 2 gelas teh + 1 gelas shake dan ikut jadual pemakanan yang dorg sarankan. Sudah 2 malam tidak ambil saya punya dinner...minum shake sajalah konon....tapi serius memang kenyang.....



Ni rupa pengganti makan malam saya untuk 7 hari berturut2.... harap2 lepas ni hilanglah segala lelemaks2 yang ada....hari tu check, semua ok...fizikal ok, kandungan air dalam badan ok, otot ok....cuma lelemaks saja yang berlebihan...berat badan buang 6 kg untuk mendapatkan berat yang seimbang dengan ketinggian.....bilang orang Sabah....Boleh Bah Kalau Ko Mia !!!!



Comments

  1. 63kg..sama berat kita tu mia..tapi saya nampak slim lah sikit banding ko sbb saya tinggi kali..hehe
    bah good luck to both of u. nanti time reunion saya tingu resultnya..hehe

    ReplyDelete
  2. sa pun minum herbalife..kadag2..hehe..tpi skg ni rehat dlu la. nanti lgi sambung.

    cuba try itu shake kn.. ko tambah susu..yg ko suka.
    kalu sa minum slu..tmbah yogurt buah + susu omega. wow..sedap nya.hehe

    ReplyDelete
  3. sure cantik bdn u dulu...ada gmbr x?

    sy x penah try herbalife ni..

    ReplyDelete
  4. Anum - trylah...

    ct Rahani - thanks sudi singgah

    nc - sya minum shake tpt dorg klu d rumah nc memang kompom x teratur jadual sbb mls mo buat..hehe

    zura - x lah cantik cuma slim je...hehe...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Are_lin...ni yg tengah test ni..tp mmg ok produk ni....

      Delete
    2. Are_lin...ni yg tengah test ni..tp mmg ok produk ni....

      Delete
    3. Are_lin...ni yg tengah test ni..tp mmg ok produk ni....

      Delete
    4. Are_lin...ni yg tengah test ni..tp mmg ok produk ni....

      Delete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang