Skip to main content

Bila Shamzi bercakap

Assalamualaikum...

*
*
Tadi pagi macam biasa, bangun pagi, saya masakkan bubur untuk Baby Damia sambil iron baju kerja...hubby macam biasa bangunkan Shumi dan Shamzi dan mandikan diaorang.....antara Shumi dan Shamzi ni, Shamzi si adiklah yang paling liat mo bangun...siap nangis lagi di awal pagi sebab malas bangun...dari dalam bilik, saya dengar suara hubby dan Shamzi bercakap
*
*
Perbualan antara Baba (Hubby) dan Shamzi
*
Baba : Shamzi cepat bangun, mandi, pegi sekolah, nanti kita lambat ni sampai...
Shamzi : eeehhhhhh (start mo menangis sudah ni), inda mo bah Baba, penat bah saya ni.....
Baba : alaa Shamzi cepat bah, lambat bah Baba ni nanti....Baba kasi tinggal jak ko ni....baru ko tahu...satu-satu orang di rumah....cepat mandi !!!
Shamzi : tidak mo mandi baba, penat saya ni........(masa ni Shamzi ok suda, tidak menangis tapi mula bagi alasan)
Baba : cepatlah bah mandi Shamzi (sambil siram air di badan Shamzi)
Shamzi : dulu-dulu tu Baba, saya sudah mandi, tidak payahlah mandi lagi (mo terketawa saya dengar alasan si Shamzi)
Baba : aaaa itu dulu, sekarang lain, bah cepat mandi !!!! (jawapan hubby tapi saya tau dia tahan2 ketawa, konon2nya mo buat muka garang supaya Shamzi ikut arahan)
Shamzi : (mandi sudah tapi masih bercakap) Baba nanti kita naik kereta baru pegi sekolah a'a (kereta baru yang dimaksudkan oleh Shamzi actually keta kami yang ke-3 tu, bukan baru tapi keta 2nd hand yang baru keluar workshop sebab rosak...so keta ok suda jadi hubby ambil semalam dari workshop, Shumi dan Shamzi pun ikut sekali....punyalah teruk 'muka' keta tu dengan habuknya, minyak hitamnya sana sini, boleh2 Shamzi cakap baru)
Baba : Bukan kereta baru tu kereta rosak....
Shamzi : oooo....kita naik kereta rosak a'a Baba pegi sekolah, saya mo duduk depan.... (muka penuh keyakinan lagi tu)
Baba : ----------- mati kutu.....tidak tahu mo jawab apa lagi....
*
*
Saya di bilik senyum2 satu orang.....memang susah bercakap dengan budak umur 4 tahun ni.....(^_^)
*
*
Muka budak umur 4 tahun

Comments

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa