Ramadan Terakhir, Balik Kampung, Berhati2 di Jalan Raya

Assalamualaikum....
.
Tidak sedar hari ni last suda kita berpuasa....insyallah besok semua umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal pulak.......yeah yeah Hari Raya (sila repeat 2 3 kali gitu).......saya dah siap2 mo balik kampung...ikut perancangan awal mo balik kelmarin tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, terpaksa balik kampung hari ni....lagipun bukannya jauh sangat pun, 2 jam perjalanan saja....mama bapa suda berapa kali tepon jam berapa mo balik...lepas tu membebel kasi ingat itu ini....jangan bawa keta laju laju, jangan potong2, jangan itu, jangan ini.....emmm biasalah orang tua, walau anak dorng ni suda besar panjang, beranak pinak tapi tetap dorng anggap anak mereka masih kecil yang wajib dijaga daripada bahaya.....
.
sebut pasal pulang ke kampung dan pandu sendiri, saya ingin mengambil kesempatan mengingatkan pada diri sendiri dan kepada kengkawan semua, sila pandu dengan berhati-hati....jangan ingat ko sorang saja yang ada di jalan raya, suka hati bawa2 laju dan potong memotong.....sila bertimbangrasa dan hargai nyawa anda dan keluarga anda sendiri...kalau pun ko nda sayang nyawa ko sila hormati orang lain yang pandu berhati2 tu. Jangan sebab anda, mereka kehilangan orang yang mereka sayangi.....
.
sekian nasihat dari saya untuk anda dan juga diri sendiri.....Pandu Cermat Jiwa Selamat. Biar Lambat Asalkan Selamat......
.
SALAM AIDILFITRI

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post