Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidilfitri......

Assalamualaikum.....
.
Hari ni last keja sebelum cuti selama seminggu (berabis ni beraya kunun).....cuti awal2 suda apply supaya tidak di reject...excited ni mo beraya mengalahkan anak2 sendiri bah...semalam tidur lewat sebab mo cuci segala baju2 yang telah dibeli itu....mesti cuci, orang suda pegang2, nda pasal2 berkurap pulak satu badan...napa sekarang baru cuci, senang jak jawapannya sebab baju baru beli + tiada masa.....biasalah dari pagi ke petang keja, balik rumah lepas buka puasa, badan terus automatik menjadi berat dan malas......
.
Cerita2 pasal raya ni...teringat pula zaman kanak2 dulu.....waktu yang paling excited dekat2 raya ni ialah menunggu pengumuman raya di Tv...kami 5 orang beradik siap2 suda duduk depan Tv tunggu orang yang bersongkok duduk di kerusi besar untuk umumkan tarikh hari raya.....dekat jam 8 lebih (malam yek) gitulah selalu pengumuman tu di buat...muncul jak orang bersongkok dan berbaju melayu tu, semua pun diam, sunyi sepi terus, sabar ni kunun mo tau bila raya.....-->> dengan ini saya mengumumkan tarikh hari raya aidilfitri bagi negeri2 seluruh Malaysia jatuh pada hari......bersamaan dengan 1 Syawal......kira lebih kurang gitulah pengumumannya....kalau hari raya jatuh bisuknya tu....apalagi kesukaan betullah kami.....main2 bunga api di halaman rumah, yang mama ni pulak kelam kabut di dapur, mo rebus ketupatlah, mo masak rendanglah....tapi kalau hari raya jatuh pada lusa...kami terus monyok ni...alah terpaksa puasa sehari lagilah ni (biasalah budak2 kan malas puasa, sekarang ni tida pernah ponteng yek kecuali atas sebab2 tertentu hehe)..yang mama pulak tarik nafas lega sebab ada masa sehari lagi untuk buat semua persiapan tu...
.
Tersenyum2 suda ni sebab kenang2 zaman2 dulu2 tu....ok lah...actually tujuan post ini adalah untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN....kalau sekiranya ada post2 yang tidak menyenangkan atau menyinggung perasaan pembaca, harap di maafkan yeekk.....
.
sumber : Google Image

Comments

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang