Skip to main content

Timbang Rasa lah......

Assalamualaikum n Halo....
.
Salam isnin semua....2 hari bercuti macam nda sedar jak....hari ni start lagi minggu baru....dan lebih kurang 5 hari lagi semua umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan.....ok sebenarnya mo update sikit jek ni...mo kongsi satu cerita kunun, kemarin lebih kurang dalam jam 3 petang gitu kami satu family keluarlah kunun mo pegi beli barang2...on the way pegi KK tu dekat dengan jambatan roundabout simpang DBP tu tengo keta depan punyalah slow...apahal ni sebelah kanan lagi tu....adalah dalam 2 bijik keta depan kami tu terpaksa potong menggunakan jalan sebelah kiri....tinggal satu bijik keta depan kami, keta Viva color merah...punyalah slow gilak....saya tengo meter nda sampai pun 40kmj.....ingatkan ketanya rosakkah atau drivernya seorang warga emas....kalau bilang P pun tidak juga.....saya memanjangkan kepala sedikit 'menyubuk' kunun kenapa keta depan tu slow betul.....rupa2nya drivernya seorang lelaki lebih kurang berumur 30-an, sedang siuuuukkkk bertelepon sambil satu tangan jak memegang stereng keta......saya bagitau hubby....hubby terus bunyikan hon...saya tengo lelaki tu terkejut sikilah tapi yang bikin panas macam dia tida tahu apa yang dia suda buat...masih juga dia bertelepon dan memandu perlahan sebelah kanan....kami malas mo sedarkan orang yang jenis tidak bertimbang rasa ni...terpaksa guna lorong kiri untuk memotong 'orang x sedar diri' tu....
.
Apa yang saya mo sampaikan kunu (eeehh macam mo berceramahlah pulak), kita sama2 guna jalan raya dan tahu undang2 yang patut di patuhi kan...bertimbang rasalah sikit...lorong kanan tu untuk memotong, kalau mo pandu slow macam kura-kura, ikutlah sebelah kiri..Kalaupun mo ada hal yg mesti gunakan telepon gunalah handsfree atau berhenti di tepi....tapi kadang2 ada juga kawan2 saya disekeliling (bukan menyindir sesapa) kalau di tanya napa bawa slow sebelah kanan, jawapan -> ikut suka hati akulah, aku bayar cukai jalan jugak !!!! emmm taulah ko bayar cukai jalan tapi pengguna jalan raya yang lain juga bayar cukai jalan dan tahu Undang-Undang...BERTIMBANG RASALAH....ok peace (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang