Skip to main content

Ramadan ke-2......

Assalamualaikum....
.
Hari ni hari kedua umat Islam berpuasa.......saya macam biasa juga cuma pertama Ramadan banyak dugaan datang....mungkin Dia ingin menguji kami sekeluarga.....sehari sebelum berpuasa anak saya yang kecil sekali tu demam dan selsema.....kemudian malam sebelum 1 Ramadan tu, anak saya yang sulung tu pula demam....suhunya tinggi sampai dekat 40'c.....terpaksa hubby bawa pegi hospital malam tu juga.....orang lain sedang sibuk menyediakan makanan untuk bersahur, saya ngan hubby risau tengo anak-anak demam.....makan pun macam nda berselera suda......
.
Bisuknya pula semasa on the way mo pegi beli makanan untuk berbuka....kami sekeluarga terlibat dengan kemalangan....ini gara2 mo mengelak seorang lelaki yang suka hati mak bapa dia saja meyeberang jalan......akibatnya kami tida sempat mengelak keta depan yang tiba2 brek secara mengejut....hubby terpaksa pusing ke kiri supaya keta kami tidak berlanggar depan....nasib baik tida keta dibelakang masa tu....kalau tidak....emmmm nahuzubillah min zalik.....alhamdulillah.....saya bersyukur kami sekeluarga tida apa2...cuma anak saya yang sulung jak yang terpelanting ke depan semasa brek mengejut sebab dia sedang tidur masa tu...tapi syukurlah dia tida apa2...cuma dia menangis mungkin kerana terkejut.....kalau ikutkan undang2 jalan raya memang kami yang bersalah sebab langgar keta yang depan tu tapi nasib baik orang tu baik hati....dia pun mengaku salah juga sebab brek secara mengejut...gara2 mo mengelak lelaki yang melintas jalan tu juga rupanya....hubby dan tuan punya keta yang kami langgar tu kira settle luar jak...masing2 salah.....lepas tu kami balik rumah jak terus....mood semua lari....buka puasa pun minum air sarsi jekkk.....nasib baik juga saya sempat tapau dua bungkus nasi kuning sebelum accident tu....itu jeklah juadah buka puasa pertama kami.....
.
Sekarang ni sedang pikir lagi ni....mo baiki keta yang kemek tu....cermin sisi sebelah kiri tercabut...bumper tepi sebelah kiri tu pun dah kemek...pintu penumpang depan nda dapat buka...tapi nasib baik rosak 'badannya' jek....kalau melibatkan enjin...abislah budget raya tahun ni......pengajarannya...hati2 di jalan raya, malang memang nda berbau.....lengang2 jalan pun bole accident....tapi apa2 musibah yang berlaku tu mesti ada hikmah di sebaliknya kan.....(^_^)

Comments

  1. ayoyoyo..nsb baik kamu sekeluarga x apa2 mia. Syukur lah. Apa pun kena lebih berhati-hati lah kan..selamat berpuasa mia n sekeluarga..:)

    ReplyDelete
  2. ya bah cath...nasib baik tida apa2...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang