Skip to main content

Memori JJCM.....

Hari ni mo share sikit memori JJCM saya ngan family.......tahun 2009 & 2010, saya banyak kali ber JJCM ngan family, nda tau napa mungkin banyak masa terluang ataupun rezeki lebih......apa apa pun, ni ada gambar yang mo di share.......



Di Kinabalu Pine Resort, Kundasang....masa ni anak baru dua orang.....sebenarnya masuk ni suda 3 kali menginap di sini ....pemandangannya cantik macam pegi negara orang putih.....harga chalet kira berpatutan, ada discount 10% untuk government staff......

Ehem ehem....jangan marah...ambil gambar ngan hubby di The Tip of Borneo, Simpang Mengayau Kudat......

Ni masa di Labuan......menginap 2 hari di Manikar Beach Resort......ni kali kedua pegi Labuan ngan family......1st time stay satu malam jek, menginap di hotel lupa plak namanya.....


Di Lok Kawi Wildlife Park.........adalah dalam 3 kali ke sana.......kira  tempat ni zoo lah .... banyak juga binatang yang bole di tengo....cuma satu jak nda suka pegi tempat ni, bau taik gajah amat kuat sehingga menusuk kalbu....uweekkk......


2 hero kecil kesayangan sedang beraksi untuk di ambil gambar .....menginap satu malam di Mimpian Jadi Resort Tuaran.....


Lepas menginap di Mimipian Jadi Resort tu sebelum balik singgah jap di Taman Buaya Tuaran......ni mo kasi tengo gambar buaya di sana....kecil lagi ni ada lagi besar....macam orang sakai sebab 1st time tengo buaya secara real selalu tengo dalam tv jak.....lepas ni nda mo pegi lagi sebab fobia tengo buaya2 besar tu...ngeri............


Eksen konon betulkan ariel tv....ni masa di Borneo Paradise Beach Resort, Kinarut. Sori sebab gambar blur sikit..... 


Tengo ikan di UMS Aquaria.......nda berapa banyak ikannya di sini tapi bole juga le bagi anak2 tengo......


Cewah.....gedik tul bergambar sanaaaaaa Ranau......gambar di ambil masa pegi ke Taman Rama-Rama, Poring, Ranau......

ok tu je beberapa gambar yang mo di kongsi....ada rezeki panjang umur kiranya mo JJCM lagi tahun ni.....bye

Comments

  1. wah syok kan mia jalan2 sama family ni..bah tahun ni kasi banyak jalan2 lagi lah..:)

    ReplyDelete
  2. siok o kan sal, byk jalan pula kamu. siok ba kalau hujung minggu sama2 cuti kan. kami pula ni, jarang berpeluang. Tapi tahun ni mudah-mudahan rezeki masa akan bertambah. :)jadi buli la jalan2.

    ReplyDelete
  3. cath.... mmg siuk bah jalan2 sama family ni...thn ni klu semua ok kira2 mo ber jjcm lagi....

    uzoi...sya pun bukan sama cuti ngan si dzul...sya selalu ambil cuti masa musim cuti sekolah...itu yg dpt jln sama2 tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang