Skip to main content

Syukur.............

Assalamualaikum dan Halo.............

25hb yang lalu, saya berasa cemas seketika.....kenapa ? balik dari keja ambil baby Damia dari nursery seperti biasa.....tapi saya heran napa baby Damia tida seperti selalu, lemah dan mengerang perlahan seperti orang dalam kesakitan...pegang badannya...panas....baby Damia demam....saya cemas dah masa tu,  dalam pada masa yang sama geram dengan penjaganya sebab tida bagitau awal2 baby Damia demam.....setiap hari saya suda pesan dengan penjaganya, kalau demam saja terus inform saya atau babanya.....kepada mereka yang bergelar ibu bapa tentu tahu napa saya cemas tul....kerana perkara yang paling membimbangkan ialah apabila anak2 kecil mengalami demam panas....banyak kesan buruk yang terjadi kalau lambat di rawat.....kami terus bergegas ke Hospital Likas, baby Damia masuk wad kecemasan.....suhunya pada masa tu 38.3 'c.....suhu yang  tinggi untuk baby yang baru berumur 3 bulan......doktor masukkan ubat dalam punggung baby....pastu nurse yang ada di situ lapkan badan baby Damia untuk turunkan suhunya......nasib baik, dalam 20 minit kemudian suhu baby Damia turun.....syukur alhamdulillah......sangat2 berterima kasih ngan doktor dan nurse yang membantu pada masa tu......
Hari ni....baby Damia dah ok sikit....cuma masi batuk dan suaranya pun tida berapa keluar....kesian tengo bila dia menangis, berabis teriak tapi suara tida keluar.....macam uminya ni mo ikut menangis....semoga cepat sembuh ya anakku......sayang my Baby Damia........
Ni mo kongsi sedikit tips penjagaan jika anak anda demam :-

  1. Jangan selimutkan anak, kalau bole buka baju seketika untuk turunkan suhu....memang kesian tengo dorg kesejukkan tapi mo turunkan suhu dengan cepat terpaksa buat begitu......
  2. Lap badan anak dengan air suam terutamanya bahagian2 badan yang berlipat contohnya leher, celah ketiak, lutut dan yang paling penting bahagian kepala.
  3. Beri makan ubat demam (paracetamol) tapi kena ikut arahan doktor lah.....sukatan ubat adalah berdasarkan berat badan anak kita....
  4. kalau jaga anak demam di rumah sentiasa cek suhu badannya...kadang2 suhu mereka akan naik secara mendadak....sebab itu setiap ibu bapa harus menyediakan sekurang2nya satu penyukat suhu di rumah.
Tips2 di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri....yang lain kena tanya doktor atau mereka yang lebih bertauliah.....ok (^_^)


Comments

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang