Miscarriage...ooh no...!!!!!

Miscarriage atau dalam bahasa melayunya keguguran adalah benda yang paling di takuti oleh ibu2 mengandung terutamanya mengandung anak pertama..terfikir tulis entri sebab kenapa...pertamanya saya sendiri pernah keguguran anak ke-2 pada usia kandungan mencecah sebulan lebih. Yang keduanya adik saya baru sahaja keguguran pada 3hb sept lepas....sedih memang sedih tetapi mungkin belum rezeki adik saya barangkali....ok mari kita berkongsi sedikit info mengenai keguguran ini (penting untuk bakal2 ibu (^_^) ;-
.
.
Tanda - Tanda Keguguran
1. Pendarahan pada faraj sedikit ataupun banyak....tetapi kadang kala pendarahan ini boleh juga berlaku kepada kandungan yang normal dan tidak semestinya tanda keguguran....tetapi nasihat saya cepat2 berjumpa doktor jika ada pendarahan berlaku untuk memastikan samada ianya tanda keguguran ataupun pendarahan normal.
2. Sakit pada bawah perut atau di bawah belakang....sakit berterusan selepas berlakunya pendarahan.
3. Darah ketul ataupun tisu daging keluar daripada faraj.
.
.
Faktor Berlakunya Keguguran
1. Wanita yang berusia 35 tahun ke atas
2. Jangkitan kuman pada faraj.
3. Hentakan yang kuat akibat jatuh ataupun kemalangan
4. Gaya hidup wanita yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras.
Di harap sedikit info dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat untuk para bakal2 ibu untuk dalam menjaga kandungan masing2. Tetapi kalau berlaku keguguran anggap sahaja bukan rezeki kita....terus berusaha lagi...hehehe
.
.
p/s : semua maklumat di perolehi daripada pelbagai website yang bole di perolehi dalam Google...

2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. aduihh..terkejut sia sal. Ingatkan ko yang keguguran..

    ReplyDelete
  2. Bukan sya uzoi tapi suda pernah ada pengalaman keguguran juga....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post