Russell Taylors, jenama yang khusus dalam perkakas dapur untuk kegunaan rumah, kini melakukan penghantaran produknya kepada warga Sabah terus dari negeri tersebut melalui kerjasama dengan platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee. Perluasan perniagaan ini dibuat berdasarkan penyelidikan pasaran yang dijalankan oleh jenama tersebut, di mana permintaan yang kukuh telah didapati dari Sabah bagi barangan Russell Taylors.
Dengan negara kini masih memerangi penyebaran Covid-19, digitalisasi perniagaan menjadi penting kerana lebih ramai rakyat Malaysia membeli-belah di atas talian untuk mendapatkan barangan keperluan termasuk peralatan rumah. Ini jelas dilihat dalam prestasi jualan yang dicapai oleh Russell Taylors di Shopee semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dari bulan Mac hingga Jun 2020, Russell Taylors mencatatkan peningkatan jualan yang signifikan dari Sabah, berbanding dengan tempoh sebelum PKP memandangkan para pembeli mencari peralatan yang dapat membantu mereka menyediakan makanan dengan mudah. Ini menandakan penambahan bagi jumlah orang yang memasak di rumah sambil mereka patuh kepada penjarakan sosial dan terus kekal duduk di rumah. Beberapa produk terlaris dalam tempoh ini termasuk Russell Taylors Air Fryer AF-24 yang popular dan Russell Taylors Pressure Cooker PC-60.
Sebagai syarikat yang mengutamakan perniagaan atas talian, Russell Taylors secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengguna mereka selain memberikan peralatan dapur elektronik yang direka dengan teliti terus ke rumah pelanggan mereka. Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari Sabah, jenama ini akan mempamerkan produknya di kedai atas talian khusus untuk Sabah di Shopee yang dinamakan S-Mart Sabah dari 20 Ogos.
Ini bermakna rakyat Sabah boleh mendapatkan produk Russell Taylors dengan lebih cepat kerana barangan dihantar terus dari gudang Shopee di Kota Kinabalu, berbanding membeli dari Semenanjung Malaysia dan menunggu waktu penghantaran yang lebih lama. Mereka juga dapat menikmati penghantaran percuma hingga 5kg dengan perbelanjaan minimum RM40. Selain itu, semua produk di S-Mart Sabah dijamin 100% tulen dan pemulangan 15 hari boleh didapati secara percuma.
Denish Raguchandran, Eksekutif Pembangunan Perniagaan Russell Taylors berkata, “Jenama kami tidak hanya menumpukan pada kualiti produk dan nilainya, tetapi kami juga menekankan pengalaman pelanggan. Inilah sebabnya mengapa kami ingin rakan-rakan kami di Sabah menikmati kemudahan dan kepuasan membeli dari sumber yang lebih dekat dengan kediaman mereka, agar mereka dapat menggunakan peralatan Russell Taylors tanpa perlu menunggu dengan lama. Kami berasa teruja dengan perkembangan ini serta berharap dapat membantu warga Sabah mencipta hidangan yang mudah disediakan dan menyelerakan untuk keluarga mereka di rumah."
Bersempena dengan pelancaran Russell Taylors di S-Mart Sabah, tawaran harga istimewa bagi produk jenama tersebut akan diadakan di Jualan Kilat Shocking Sale dan baucar eksklusif juga boleh didapati di kedai pada 20 Ogos 2020 untuk rakyat Sabah. Tambahan pula, dengan berlangsungnya Shopee 9.9 Super Shopping Day dari 21 Ogos hingga 9 September, warga Sabah yang mengunjungi S-Mart Sabah bakal mendapatkan tawaran menarik daripada serendah RM0.19 serta baucar terhad di kedai untuk menikmati penjimatan lebih besar bagi barangan runcit dan jenama produk barangan keperluan rumah.
Para pengguna boleh mencari dan membeli barangan Russell Taylors di S-Mart Sabah di sini - https://shopee.com.my/s_martsabah.fbs
nice info kak. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!