Skip to main content

Travel Berdua Lebih Baik

Setiap orang punya pengalaman travel yang berbeza dan tak boleh nafikan setiap pengalaman tu amat berguna untuk kita ambil dan cuba untuk praktikkan. Sebab daripada pengalaman orang, kita boleh jadikan panduan untuk kita pula. Dan setiap orang banyak ragamnya juga. Ada antara kita yang lebih selesa travel sorang-sorang sebab lebih mudah tak perlu nak fikirkan pasal orang lain. Kita boleh planning semua ikut yang kita suka tanpa memikirkan apa pula pandangan orang lain. 




Selain itu ada juga orang yang suka travel dalam kumpulan. Bestnya travel in group ni sebenarnya ia lebih menjimatkan sebab banyak benda yang kita boleh sharing. Sebagai contoh kalau travel berempat, duit transport kita boleh divide 4, duit makan pun sama dan banyak lah lagi. Namun, masalahnya travel ramai-ramai ni, banyak ragam yang nak kena fikir dan juga banyak pendapat yang kena dipertimbangkan. Jadi apa kata kita cuba travel berdua pula lepas ni.




Untuk kita yang nak travel berdua, benda yang paling penting adalah pilihlah kawan ataupun pasangan yang betul-betul kita selesa. Hal ini bagi memastikan percutian kita nanti tu tidaklah terlalu complicated. Aku tak nafikan kalau kita silap pilih kawan, memang akan susahlah nanti nak buat keputusan sebab kita taka da kata putus yang ketiga untuk backup. Tak tahu pendapat siapa yang lebih sesuai digunakan nanti. So, jangan silap pilih kawan tau. Aku nak share lah sikit beberapa perkara yang menjadikan travel berdua ni lebih baik daripada travel solo ataupun berkumpulan kalau kita dapat pilih partner yang baik.

Jimat Transport
Transport ni aku refer daripada A to Z, iaitu transport daripada nak ke airport sampailah transport kita nak gunakan dekat tempat yang kita pergi tu juga. Kalau travel berdua ni, aku lebih prefer untuk gunakan public transport yang ada sebab lagi jimat. Pertamanya, kalau nak airport transfer, aku lebih prefer guna KLIA Express dan aku akan beli KLIA Ekspres Tickets ni guna Traveloka. Sebabnya kalau beli dekat Traveloka ni, kita boleh jimat dalam lebih kurang RM12 seorang daripada kita beli dekat kaunter. KLIA Express ni sebenarnya sangat selesa untuk kita even kita bawa luggage sekalipun. Namun, kalau korang tak suka nak angkut luggage, boleh lah try Airport Limo atau mana-mana transport yang lain. Selain itu, aku memang akan suka cari tempat yang ada akses bas ataupun train sebab suka untuk rasa pengalaman naik bas dan train di tempat orang pula. Nak cuba compare kan dengan Malaysia pula.


Image from Google

Jimat Luggage 
Kalau lelaki ni, senang sebab ramai yang suka backpack je. Tetapi perempuan ni banyak sangat barang yang nak bawa, tu yang rasa perlu untuk beli luggage. Kalau naik airline yang kena add-on luggage, sebenarnya kita boleh je buat sorang je beli luggage tu. So, lagi jimat nanti divide je 2 harga. Tak perlulah kalau travel berdua ni, dua-dua nak beli sebab nanti mesti berlebih punya. Aku yakin beg sorang takdelah sampai lebih 20kg. Kalau tak yakin nak amik 20kg, beli yang 25kg atau 30kg pun tetap lagi jimat untuk sorang je beli.

Penginapan
Aku paling suka travel berdua ni, senang sangat nak handle penginapan. Kita boleh je cari mana-mana hotel yang rasa selesa tetapi harga masih berbaloi untuk kita duduk nanti. Kalau travel ramai ni leceh, sebab kita kalau boleh mesti nak duduk sekali dengan kawan-kawan kita, so pilihan jimat yang ada adalah hostel. Aku kurang suka hostel ni, cuma satu je sebab toilet dia kena sharing dengan orang lain. Kalau berdua mungkin kos akan mahal sikit tetapi kita akan dapat keselesaan yang kita nak lah.




Ni antara benda yang aku rasa travel berdua lebih best dan memudahkan. Kosnya tidaklah terlalu jimat macam travel dalam group tetapi ia tidaklah juga terlalu mahal sebab ada benda yang kita still boleh share dengan partner kita.

Comments

  1. singgah isnin
    sory hr nie bz x dan blogwalking

    ReplyDelete
  2. Yeahh ada muka saya di post ni. Hahaha

    ReplyDelete
  3. saya pun suka travel berdua. kalau berkumpulan pun biar dalam nombor genap tapi tak nak ramai sangat.

    ReplyDelete
  4. terima kasih sharing. rugi plak kak terlepas moment indah travel di zaman muda belia dulu. hahaha

    ReplyDelete
  5. Thanks for your insight for your fantastic posting. I’m exhilarated I have taken the time to see this. It is not enough; I will visit your site every day. Deskgram - sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a