Skip to main content

KEMPEN PENYAYANG KOMUNITI AYAM BRAND 2019

Ayam Brand membawa mesej nutrisi seimbang ke Negeri Sabah untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Menyokong Empat Buah Rumah Kebajikan Kanak-Kanak dengan 48,240 hidangan sihat.



Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-Suku Separuh. Suku-Suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Pinggan sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik  obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun.


Ayam Brand, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah.

Tema kempen pada tahun ini ialah 'Ayam Brand Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now'. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas.



Di Sabah, seramai 20 orang kanak-kanak dari Persatuan Rumah Amal Sabah, Seri Mengasih Centre, Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Rumah Amal Kasih Kingfisher, SJK (C) Chung Hwa Likas telah mengambil bahagian dalam kempen 'Ayam Brand Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now' yang mencabar dan menyeronokan ini.

Persatuan Rumah Amal Sabah

Rumah Amal Kasih Kingfisher

SJK (C) Chung Hwa Likas

Seri Mengasih Centre

Rumah Kanak-Kanak Beringgis

Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lima pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S.






Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.







Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik.

Pemenang Hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia : Rumah Amal Kasih Kingfisher



Menurut Pengurus Borneo Ayam Brand, Tan Yann Yu, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.

Tan Yann Yu, Pengurus Borneo Ayam Brand

"Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat, " kata Tan Yann Yu.

" Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Disamping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga, " katanya lagi.

" Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam, " kata salah seorang peserta. 

Ayam Brand membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung.



Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan yang bersamaan dengan 48,240 hidangan sihat untuk 268 orang penghuni. 

"Ayam Brand telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti, " kata wakil dari SerinMengasih Centre. 

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, mulakan sekarang!

Lebih banyak Foto di IG @miakassim


Tentang Ayam Brand 
Ayam Brand merupakan rangkaian produk di Malaysia dan Asia selama 127 tahun yang terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti dan sihat serta tidak mengandungi pengawet dan MSG tambahan. Produk Ayam Brand diproses di fasiliti yang professional yang mendapat pengiktiran tertinggi di peringkat antarabangsa dan telah memperolehi sijil yang diiktiraf dunia (HACCP, ISO 9001) serta dijamin halal. Untuk tahun keempat berturut - turut daripada 2013 hingga 2016, Ayam Brand merupakan salah satu peneraju sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam lingkungan jenama FMCG, menurut Kajian Jejak Jenama Kantar Worldpanel. 

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia

Comments

  1. Bestnya kak.. sy ada dapat jemputan juga hari tu.. tp sy x dapat pergi.. lagipun risau xda kwn pula..

    ReplyDelete
  2. I will be keen on progressively comparable themes. I see you got actually quite helpful subjects, I will be continually checking your blog much appreciated. Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang