JELAJAH SASSH : HARI AIDS SEDUNIA 2019

JELAJAH SASSH : HARI AIDS SEDUNIA 2019 |Kota Kinabalu, 6 November 2019 - Sabah Aids Services and Humanitarian (SASSH) telah mengadakan satu sidang media yang telah berlansung di The Body Shop, Suria Sabah yang dihadiri oleh Muhammad Yazid Bin MatDaud, Pengerusi Persatuan SASSH dan Gary Siaw, Pengurus The Body Shop Sabah.


Program Jelajah SASSH semperna Hari Aids Sedunia 2019 akan dianjurkan oleh Sabah Aids Support Services and Humanitarian (SASSH) serta mendapat kerjasama penuh daripada The Body Shop Malaysia, mendapat tajaan lokasi daripada 1 Borneo Hypermall, Suria Sabah Shopping Mall, Imago Shopping Centre, Centre Point Sabah dan City Mall Sabah. Manakala Jurugambar rasmi dari Aznan Johari.

The Body Shop Malaysia sangat komited dan bersungguh-sungguh membantu untuk menjayakan program Jelalah SASSH : Hari Aids Sedunia 2019 ini dengan mendapatkan lokasi jelajah dan memberi khidmat nasihat untuk menjayakan program kali ini. The Body Shop Malaysia akan meberikan tenaga kerja untuk mempromosikan barangan jualan amal sepanjang jelalah. “Kami berkempen dengan penuh semangat berkaitan dengan isu-isu yang dekat dengan hati kami kerana aktivesme ada dalam darah kami ” kata Gary Siaw, Pengurus The Body Shop Sabah.

Program jelajah ini dilakukan sebagai medium kepada masyarakat Sabah khususnya di Kota Kinabalu untuk di perkenalkan NGO SASSH dan juga mendapatkan informasi mengenai HIV dan STD. Program ini juga bertujuan untuk mengutip sumbangan orang ramai untuk menjayakan program SASSH di masa akan datang.

Bukan itu sahaja, acara kemuncak Mini Konsert Amal : Hari Aids Sedunia 2019 akan di adakan pada bulan Disember 2019.“Saya berharap program ini mampu memberikan nilai tambah dan membantu pihak KKM meyampaikan maklumat tentang HIV dan STD kepada masyarakat setempat.” Kata Muhammad Yazid Bin MatDaud, Pengerusi SASSH.

Siri Jelajah SASSH: Hari Aids Sedunia 2019 akan ke:

1 Borneo Hypermall : 8hb – 10hb November 2019
Suria Sabah Shopping Mall : 15hb – 17hb November 2019
Imago Shopping Centre : 22hb – 24hb November 2019
Centre Point Sabah : 29hb – 30hb November & 1hb Disember 2019
City Mall Sabah : 6hb – 8hb Disember 2019


Acara Kemuncak:

Mini Konsert Amal : Hari Aids Sedunia 2019

14 Disember 2019 Palm Square, Centre Point Sabah

Anda semua di jemput singgah untuk memdapat info mengenai HIV/AIDS dan memeriahkan lagi Jelajah SASSH dan Konsert Amal itu nanti.

untuk maklumat lanjut boleh ke:


3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Thanks for the blog filled with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... Enjoy the world's best places to travel with Things to do.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post