Cerita Raya di Kundasang 2018!

Assalamualaikum .. dah masuk bulan ogos, cerita raya belum abis lagi 😅. Kan hari tu Kmia janji mo kongsi cerita raya kami di Kundasang so menunaikan janjilah ni walaupun lambat. 

Kisahnya kami dan adik beradik sebelah hubby .. adik-adik iparlah tu dah buat planning .. setiap raya mesti kena turun ke Kundasang, stay semalam di sana. Kira cam family gatheringlah kononnnya. Acara gathering2 ni kitaorang dah mulakan tahun lalu tapi akibat kemalasan nak update blog so tidaklah dapat dikongsikan kisahnya huhu.

So tahun ni kita plan lagi ke Kundasang. Plan raya ke-4 dan urusan membooking homestay kami serahkan kat adik hubby. So raya ke-4 tu kitaorang gerak. Homestay dah book tapi adalah pula masalah katanya. Kitaorang book sebiji rumah yang ada 4 bilik kat dalam dia. Sengaja ambil rumah ada banyak bilik dan ruang tamu sebab anak-anak nak tidur beramai-ramai bersama sepupu sepapat. Tapi time kitaorang nak check in .. rumah tu tak dapat nak bagi kat kitaorang sebab orang sebelum kami dah book untuk seminggu. Mula-mula tu nak mengamuk jugalah sebab dah bayar deposit tapi disebabkan kitaorang ni baik hati kuikuikui so redha je lah .. bukan rezeki kami. Nasib baik owner homestay tu bagi kami 3 bilik dengan harga RM200. Rumah yang kami book sebelum tu harganya RM300 lebih semalam. Yang ni 3 bilik sebaris semuanya .. ada dapur dan juga ruang makan di luar. Kira ok lah cuma anak-anak kecewa sedikit sebab tak boleh tidur bersama-sama.

Kami sampai ke sana hari tu ngam2 hujan .. renyai-renyai tapi non stop hingga ke malam so tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Anak-anak tak boleh bermain berlari sangat sebab licin .. tambah lagi homestay yang kami stay tu di lereng bukit. Apa nama homestay tu .. serius Kmia lupa. Bukan apa .. sebab awal check in dah marah-marah jadi Kmia tak ambil kisah pun nama tempat tu .. tak berapa nak ambil gambar janji ada tempat tinggal 😅.
Sapa suruh awal2 bagi bad impression kat customer .. tak dapatlah ko free promosi huhu.

Bila tak ada aktiviti malam tu .. kerja kitaorang layan perutlah .. goreng ayam sebab tak ada mood nak panggang-panggang, masak sup fishball dan sayur mayur kundasang. Terasa nikmat ja makan di kala cuaca sejuk dan hujan. Borak dengan ipar biras sampai tengah malam dan tidur.

Nasib baik cuaca esok harinya ok .. lepas kitaorang brekpes, semua siap-siap pakai baju raya sebab nak photoshoot katanya di sekitar homestay tu. Dah memang ni lah tujuan kami ke sini kan .. so koranglah layanlah gambar-gambar yang tak seberapa ni

Gambar 3 Family .. ni adik beradik hubby, semua lelaki. So birasnya ni yang bini-bini tu semualah. Dua adik hubby masing-masing ada 4 orang anak, kitaorang ja angka ganjil .. 3 orang anak. Kira cukuplah tu kan 😅

Ni gambar tahun 2018 vs 2017 .. jumlah orang tetap sama cuma bezanya anak-anak semakin membesar dan mak bapa semakin tua 😁

Anak-anak teruna kami .. Shamzi kalau disuruh pose bukan main lagi

Yang ni anak-anak dara katanya .. yang baby tu memang camtu .. asyik nak berkepit ja dengan maknya

Yang ni mak dara hahaha


Bapa-bapa perasan teruna 😛

Yang ni tak ngaku sepupu tapi BEST FRIEND FOREVER katanya 😍

In sha Allah kalau dipanjangkan umur .. dimurahkan rezeki akan ada gambar-gambar meriah begini di tahun 2019 .. aamiin.

Note : kira abislah cerita raya puasa tahun ni. Nanti nak cerita raya haji pulak.



2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post