Raya kami!

Assalamualaikum .. syawal sudah abis baru nak up cerita raya. Hehe.
Bukan tak nak kongsi tapi bila time nak taip tu ada-ada ja halangan .. dan halangan terbesar adalah malas lah hehe.
Tapi kan memandangkan ada permintaan khas dari orang tu maka tidak dihampakan lah permintaanya itu 😜

Cerita raya kami tiada yang istimewa sangat. Cam tahun2 sebelumnya, malam raya balik ke Kota Marudu, kampung halaman Kmia dan raya pertama pula ziarah pak mak mertua yang memang ada di KK. Tahun 2018 ni plan sebenar nak tema kelabu katanya. Tapi kaler ni susah sikit nak cari so kitaorang hentam sajalah asal kaler tu termatch kira jadilah tu kan. 


Baju raya Shumi dan Shamzi tu sebenarnya kaler pepel muda tapi cam nampak match dengan kaler kelabu baju raya yang Kmia, Hubby dan Damia pakai.

Hubby dan anak dara kecik Damia. Hubby masih menten slim gitu.

Giliran Kmia dan satu-satunya anak dara di rumah.

Hero-hero Kmia. Shumi Shamzi. Muka terpaksa bergambar bersama. Korang paham-pahamlah budak lelaki ni. Kejap baik kejap gaduh kejap baik kejap gaduh.

Giliran kitaorang laki bini pula. Pose sukahati kitaorang.

Dan .. malu nak up gambar tapi up jugalah. Kira berjaya 'kecikkan' diri semasa puasa hari tu. Dapatlah bergaya dengan kurung moden tahun ni kui kui kui.

Amacam sedondon ke baju kitaorang. Dalam pada memikirkan sedondon tak sedondon, kitaorang sekeluarga dapatlah pula Anugerah Keluarga Sedondon di Majlis Hari Raya Sekolah Agama anak-anak. 

Kitaorang menang hamper dan periuk pengukus tu. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Tu je cerita raya kami .. yang lain tu standardlah kan. Makan ketupat rendang, ziarah menziarahi .. hehe. 

Nanti Kmia cerita pula raya di Kundasang. 😉



4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Barulah betul Raya mcm ni ada entri raya hihi....
    Cantik gambar Raya! Cantik jugak gambar outdoor suasana desa cenggitu. Memang patut pun menang .....

    Aduh duh semuanya semuanya slim melim come comey belaka wei. Dapat pengukus lagi mmg boleh maintain slim lah satu family lepas ni
    Sajalah tu konon berjaya kecikan badanlah apalah.... padahal awak tu mmg dah selim kecik molek orangnya saja nak bagi kita jeles....





    ReplyDelete
  2. kalau Mia mau cari kain pasang yang plain, boleh try2 tengok laman web lulukainpasang.com atau IG dia di lulukainpasang ... banyak pilihan warna dan jenis fabrik ... tp hari tu Pip beli kain sakura cotton, suka kain ni, sejuk , tak panas, lepas tu senang sangat mau iron dan susah kedut :)) ...

    dan yes, Mia nampak slim la ... apa rahsia ni ...?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post