Assalamualaikum ... halu korang. Ya masuk bulan 5 sudah. Walaupun Kmia diam-diam ja, blog ni masih juga wujud. Check Google Stat, tiap hari masih ada juga pengunjung yang sudi membaca entri-entri lama Kmia. Terima kasih daun keladi gitu.
Apa cerita Kmia 4 bulan yang lalu ni .. banyak gitu. Ada beberapa tempat best yang Kmia nak kongsi dalam 'Jalan-Jalan Check in Sabah' tu. Korang tunggu k .. Kmia sedang dalam sesi-sesi mengedit gambar. Kerja paling leceh tapi kena buat juga. Hehe
Bulan April lalu actually bulan kelahiran Mak dan Kakak Kmia serta anak adik Kmia. Seperti tahun-tahun lalu, kitaorang akan raikan birthday dorang sekali. Sambut di kampung saaana Kota Marudu.
Selamat hari lahir untuk kakak yang ke-41 tahun, untuk Mak yang ke-57 dan anak buahku Yus yang ke-13 tahun.
Alhamdulillah .. semoga semuanya dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik .. Mak dan kakak umur tak jauh beza kan .. biasalah orang dulu-dulu kawin awal. Kakak lahir masa umur mak 16 tahun. Baru form 4 kalau zaman sekarang .. hehe
Yang sedih .. tiba-tiba dapat tahu berita kematian seorang rakan sekerja. Kawan satu company tempat bekerja tetapi berlainan cawangan. Jarang bertemu tetapi selalu berhubung melalui telefon atau whatapps. Dapat berjumpa bila sama-sama menghadiri kursus di KL. Dia memang sangat happening .. gila2 dan happy go lucky. So bila secara tiba-tiba dengar berita dia 'pergi' kitaorang memang sedikit terkesan.
Last kitaorang ambil gambar bersama pada bulan mac lalu. Time ni dia dah agak lemah tapi masih mampu buat perangai gila-gilanya.
Emmmm... satu persatu orang disekeliling kita meninggalkan kita selama-lamanya. Kita pula akan menyusul seterusnya.
Moga-moga kita sempat merasa kenikmatan bulan ramadan yang bakal tiba kurang dua minggu lagi.
Ok lah .. cukup lah intro selepas lama menyepi ni ye. Pasni sambung lagi *mata ke atas* 🤣
Alaaaa bizi review sana sinilah tu kan hihi....
ReplyDeleteHappy Bezday untuk mereka bertiga.... moga Allah limpahkan rahmat ke atas mereka. Geram tengok kek Mia, nasiblah semalam baru makan ...
Kan...sekarang ni mmg ramai yg mati tiba tiba, takut bila mengingatkan. Yang mana satu Mia orangnya
bw sini kmia..:)
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!