Assalamualaikum
Cak ! Berdiam diri bukan bermakna Kmia tutup blog tapi mood tu .. ntah pigi kemana. Jauh pula dia mengembara hehe.
Semenjak dua menjak ni, selalu post review saja yang keluar di blog ni. Kisah-kisah biasa yang Kmia kongsikan sudah jarang di up kan .. sebenarnya banyak terutama kisah 'Jalan-Jalan Check in Sabah' tu. Tunggu korang ye, Kmia sedang menyeru mood ni. Banyak tempat best yang Kmia nak kongsi dengan korang.
Sebut pasal tempat best ni .. korang kenal ke dengan tempat ni, salah satu lokasi yang wajib dikunjungi bila korang pergi ke Kota Kinabalu.
Tanjung Aru Beach aka Pantai Tanjung Aru .. mesti korang tahu tempat ni kan. Ala tempat pemes membeli segala jeruk buah-buahan, kacang dan jagung rebus tu. Tempat best untuk famili berkelah dan beriadah. Serta tempat best untuk berdating .. uuuppps teringat zaman-zaman cinta cintun Kmia dan hubby .. kuikuikui.
Pendek kata tempat ni memang paling legend bagi warga Kota Kinabalu. Rasanya orang luar dan pelancong memang sangat kenal dengan tempat ni juga.
Tapi kan .. tempat ni sudah pun ditutup pada awal bulan mac yang lalu. Ya ditutup sepenuhnya, gerai-gerai dirobohkan. Huhu sedihnya. Dengar kata kawasan itu akan dimajukan dan dijadikan pusat peranginan antarabangsa.
Anjung Perdana Teluk Likas
Tg Aru Beach tutup, pihak berwajib telah mencari lokasi baru bagi gerai-gerai tu semua. Ura-ura hari tu gerai-gerai tu semua akan dipindahkan ke kawasan Pantai Tg Lipat iaitu salah satu kawasan pantai di Kota Kinabalu yang juga sering mendapat kunjungan orang ramai pada hujung minggu.
Dan ternyata betul .. pada awal bulan Mac hari tu secara tidak rasminya semua gerai tu mula beroperasi. Patutlah jalan kat area ni mula sesak. Kereta akan mula bergerak perlahan bila tiba di kawasan. Kalau korang nak tahu ni laluan harian Kmia pergi dan balik kerja. Sudahlah sebelum ni jalan dah sedia jammed, sekarang bertambah-tambah jammedlah. Bukan tidak ada kawasan parking disediakan tapi korang tahulah kebanyakkan mereka yang singgah di gerai ni pentingkan diri sendiri ja huh! Ambil jalan mudah. Dorang hanya parking di tepi jalan yang sebenarnya bukan kawasan parking. Keadaan ni menyebabkan kereta-kereta dibelakang mereka terpaksa bergerak perlahan kerana melayan karenah dorang. Huhu
Dari segi lain pula Kmia sukalah juga sebab lokasi ni kira dekat dengan kawasan tempat tinggal Kmia. Kot tiba-tiba mengidam nak makan jeruk ke jagung rebus ke, tak payah pikir dua tiga kali nak redah jammed segala. Gerak je hehe.
Ok jom kita check it out kawasan ni
Ok jom kita check it out kawasan ni
Anjung Perdana Teluk Likas
Gerai jeruk buah, Kacang dan Jagung Rebus
Gerai Sayap Ayam Panggang dan Sate
Jagung Rebus tetap sama seperti di Tg Aru
Gerai makan dan minum
Pantai Tg Lipat
Hasil hari tu .. hehe
Ok ok lah juga. Semua yang korang cari di Tg Aru Beach dulu ada di sini tapi itulah value dan moment tu tidak sama seperti yang ada di Tg Aru Beach.
sayang betul..saya pernah ke Tanjung Aru tu..huhu.tapi tulah, mana ada benda yang kekal di dunia ni
ReplyDeleteTempat makan minum macam kecil sikit berbanding di Tg. Aru. Ye ke?
ReplyDeleteAbe Kie sempat mengajar di Sabah selama 4 thn. Memang negeri itu ada byk pantai n pulau yg cantik.
ReplyDeleteJom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html
Wah bestnya! Saya sendiri pun belum berkesempatan singgah walau tiap minggu 'limpas' gitewww. Nntilah disinggah jua tu. Parking ok?
ReplyDeleteRasanya Okje masih ingat lagi Tg Aru tu....Oklah tu, tempat gantiannya pun tak kurang cantiknya. Gerai gerai pun nampak lagi kemas. Entah bilalah okje nak sampai KK lagi agaknya...
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!