Semua pun mau pedas!

Assalamualaikum .. korang perasan ke? Semenjak kemunculan mee samyang korea yang pedas itu, jenama mee segera yang lain pun turut mengeluarkan produk mee seakan mee samyang yang pedas gila itu. 
Dan menjadi trend semua upload video makan mee yang pedas gila babs ni. 

Kmia? Belum pernah lagi try makan mee samyang dari Korea ni. Bukan apa, di awal kemunculan mee ni, kehalalannya masih diragui. Ada yang cakap halal .. ada yang cakap tidak. Ada yang kata kilang buat mee ni berlainan dengan mee yang ada pikachu tu .. huhu. Banyak versi cerita so timbul rasa was was. Walaupun baru-baru ni Jakim dah sahkan mee samyang yang mempunyai tanda cop halal korea itu halal dimakan, tetap timbul rasa was-was tu. Jadinya ambil keputusan tidak akan makan mee ni. Terpulang pada penilaian masing-masing kan. Gitu ...

Sumber : tokopedia.com

Mee samyang yang mudah dicari dipasaran sekarang. Kalau tonton video-video ramen challenge tu semua nampak cam ada yang rileks je makan, ada yang dah cam cacing kepanasan. Pedas betullah tu rasanya. 

Selain mee dari korea ni .. indonesia pun rasanya gigih mempromosi mee segera keluaran negara mereka. 

Sumber : sg.carousell.com

Pelbagai perisa pilihan indomie. Ni Kmia dah try makan. Tidaklah berapa nak pedas. Taste dia lebih kurang ja dengan mee segera yang lain. Pedas-pedas manja. Tapi kan untuk memberikan kelainan katanya, banyak gerai-gerai di negara itu menawarkan menu 'indomie pedas mampus' ... pergghh ganasnya nama menu tu. 

Sumber : pegipegi.com

Menu seperti gambar di atas .. memang rasanya orang yang makan menu ni nak cari nahas. Gila ko cili padi menimbun kat atas tu. Kita tergigit sebijik pun dah berair mata, telinga cam nak terbang. Ni kan lagi sepinggan .. kalau Kmia memang tak sanggup. Dah lah sengsara mulut .. esok pagi membuang .. abis pijar kat situ .. huwaaaa

Dan baru-baru ni pula jenama maggi juga ada mengeluarkan produk mee segera goreng yang sangat pedas. Awalnya ada dua perisa .. maggi goreng pedas giler tom yummz dan juga ayam bakar. Dan terbaru perisa seafood pedas. 
Kmia hari tu adalah juga try makan yang perisa tom yummz tu. 


Sesetengah orang cakap tak lah berapa nak pedas .. tapi untuk Kmia memang pedas giler. Mampu buatkan Kmia keluar masuk tandas keesokkan harinya. Hehe
Padan muka sebab gatal sangat nak try kan .. tak pasal-pasal terceri beri. 

Ok lah cukup membebel pasal mee segera hari ni. Ni Kmia nak pesan .. korang jangan lah over makan mee segera ni semua pula. Tak baik tau untuk kesihatan. Hari tu Kmia makan maggi pedas giler ni pun dah kena jeling .. hehe yalah yalah orang nak rasa je pun. 


5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. wah..nak try jgk tapi xjumpa lagi..hhihi

    ReplyDelete
  2. x pernah aku mkn megi ni kak, sbb aku mg nda tahan pedas haha

    ReplyDelete
  3. haha, bab pedas ni mmg pip out ...
    pernah try maggi korean beef ka tu namanya, mmg sikit ja makan, terus stop ...

    ReplyDelete
  4. semalam nampak mamee pun keluarkan perisa baru pedas jugak tapi tak ingat nama apa, bungkusan warna merah

    ReplyDelete
  5. Akak suka jenama Maggi. Indomie makan juga tak sesedap jenama Maggi. Begitu juga jenama mammee. Samyang mungkin akan di cuba Kelak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post