RAMADAN BUFFET FEAST di TANGERINE RESTAURANT, THE PALACE HOTEL

Assalamualaikum .. in sha Allah, jika dipanjangkan umur, besok kita akan mula berpuasa .. gitu. Mesti semua dah sibuk membuat persiapan menyambut puasa kan. Bab-bab amal ibadat tu Kmia tak mo sentuh .. itu urusan kita dengan Dia so tidak payah hebohkan satu kampung kan. 😉

Kmia nak membizi body dulu ni .. korang suka sungkai di mana? Beli di bazar ramadan kah .. di kedai-kedai makan kah .. masak sendiri kah atau mempunyai citarasa tinggi dan ruang perut yang mencukupi untuk bersungkai di restoran yang menawarkan pelbagai menu bufet ramadan.

Kalau korang tengok sekarang banyak ni restoran dan hotel menawarkan bufet ramadan dengan pelbagai menu masakan yang enak-enak belaka .. gitu. Selalunya menu masakan kampung yang banyak ditawarkan kepada pelanggan dan Kmia pun sebenarnya memang suka menu-menu kampung ni. Tapi jarang-jarang kita jumpa menu bufet yang betul-betul feel kampung. Maksudnya sedaplah tu seperti masakan mama kita di kampung. 

Tapi kan tapi kan .. ni Kmia mo bagitau satu tempat yang menawarkan menu kampung yang sangat sedap. Serius sedap sebab Kmia dah cuba sendiri. 


Tangerine Restaurant di The Palace Hotel Kota Kinabalu.
Sempena bulan ramadan ini, Tangerine Restaurant menawarkan Ramadan Buffet Feast dengan tema Marilah Mari Berbuka Di sini dimana menu-menu masakan kampung popular akan dihidangkan kepada para pelanggan. 




Nampak tak .. korang tengok tu .. korang tak terliur ke? Ni semua masakan yang biasa kita jumpa bila balik ke kampung. Ada kangkung belacan, sayur lodeh, daging rendang, gulai daging, ikan bakar, ketam sambal, gulai kambing .. tidak ketinggalan ulam-ulam cicah sambal belacan yang mantap. Alahai macam menitis pula air liur Kmia, nasib baik hari ni belum mula puasa lagi 😅.
Yang best kat restoran ni, semua menu tadi dihidangkan fresh .. tukang masak tidak akan masak dalam kuantiti yang banyak sekaligus tetapi akan mula memasak kembali once ada menu yang ingin di top up. Gitu. Menu panggang pun sama. Ada tukang masak yang akan tolong grill kan ikan, sotong, daging, satay .. bila pelanggan minta. 

Tukang masak or Chef yang sedang tekun memanggang

Selain dari menu masakan kampung di atas, restoran ini juga menawarkan pelbagai menu mee seperti laksa dan penang char kue tiew untuk pelanggannya. 




Bila dah kenyang makan tu semua mesti terasa mo makan manisan pula kan .. Tangerine Restaurant juga ada menawarkan beberapa menu pencuci mulut kepada pelanggan selain daripada buah-buahan. Buah-buah tu semua kira standardlah kan. Kat mana-mana pun ada. Kita fokus yang tidak ada di restoran lain. Gitu ..



Tergoda kan .. kan .. korang jangan  tipu. 😅 Sebagai pelengkap dessert2 di atas, minuman panas; kopi dan teh juga disediakan. 

Mesti korang nak tahu berapa harga untuk semua menu di atas ni kan ? Ni Kmia tempekkan templatenya. 


Berbaloi kan? So korang jangan tunggu lama-lama. Masih sempat ni untuk booking tempat dan dapatkan harga early bid. Selamat bersungkai!

~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA~


3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Yum yum sedap ni and berbaloi harga. Bolehlah ditry nanti bulan puasa untuk berbuka.

    ReplyDelete
  2. dapnyaaa. selamat berpuasa kak mia!

    ReplyDelete
  3. Harga affordable ... ndak la mahal sangat... menu2 pun menarik ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post