Assalamualaikum
Halooo ! ada bah Kmia sini. Ya memang busy .. semenjak dua tiga menjak dan bermenjak-menjak ni memang sangat kebizian sangat. Banyak cerita yang mau dikongsi tapi bila buka blog otak terus beku, nda tau mau tulis apa ..huhu
Tapi kan dalam kebizian tu, Kmia sempat jugalah attend satu event di Suria Sabah Shopping Mall kelmarin ..
10 March 2018 |
Parentsavenue Cover Search The Grand Finale ..
|
Image credit to Parentsavenue Magazine FB Page |
Dah nama pertandingan tu pun
cover search .. haruslah ianya berkaitan dengan majalah gitu. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu
Kategori A (Bayi yang baru lahir hingga 18 Bulan),
Kategori B (5 hingga 12 tahun) dan
Kategori Istimewa untuk ibu-ibu mengandung. Menurut penganjur lebih 1000 penyertaan diterima dan pemilihan telah dibuat oleh para juri yang dilantik. Dan kelmarin merupakan acara kemuncak untuk pertandingan ini dimana semua perserta yang berjaya ke peringkat akhir akan bertanding sekali lagi untuk dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori.
|
Image credit to Parentsavenue Magazine FB Page |
Program diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 09 Mac 2018 hingga 11 Mac 2018 di Suria Shopping Mall Kota Kinabalu Sabah. Pelbagai aktiviti ditawarkan kepada orang ramai untuk tujuan memeriahkan lagi acara kemuncak ini. Aktiviti pula terbuka kepada setiap peringkat umur agar semua berpeluang merasakan kemeriahan acara ini.
Acara kemuncak kelmarin dimulakan dengan ucapan daripada
Editor ParentsAvenue Magazine Ms Stella Matilda. Kemudian penonton disajikan dengan persembahan tarian istimewa daripada
Charlotte Dance Studio.
|
Ms Stella Matilda |
|
Persembahan Tarian dari Charlotte Dance Studio |
Selepas persembahan tarian, pertandingan pun dimulakan dimana setiap peserta dari setiap kategori akan naik ke atas pentas. Mereka akan diadili dari segi gaya, personaliti, keyakinan dan kepetahan mereka bercakap di atas pentas. So dorang kena catwalk ala ala model gitu .. 3 orang juri diundang khas pada hari itu iaitu Ms Queenera Francine, Mr Tan King Hong dan Ms Carynn Tanduba.
|
Para juri jemputan |
Satu persatu perserta keluar dan masing-masing cuba untuk memberikan gaya yang terbaik ... haruslah kan, demi memikat hati juri. Terdapat 2 pusingan dimana pada pusingan pertama peserta bergaya dengan baju tema yang dikhaskan oleh penganjur manakala pada pusingan kedua mereka bebas bergaya dengan baju pilihan masing-masing.
|
Finalist untuk Kategori A |
|
Finalist untuk Kategori B (ada 10 orang sebenarnya tapi satu tak tercapture gambarlah pulak huhu) |
|
Finalist untuk Kategori istimewa .. ibu-ibu mengandung yang gojes |
Bila dah namanya pertandingan, mestilah ada hadiahnya kan. Mereka yang bertuah akan membawa pulang hadiah seperti berikut ....
Kategori A dan B
Finalists : Trophy, Certificate dan Sponsors Gifts
2nd Runner up : Cash RM200, Trophy, Certificate dan Sponsors Gifts
1st Runner up : RM500, Trophy, Certificate dan Sponsors Gifts
Winner : RM800, Trophy, Certificate, Sponsors Gift dan semestinya akan menjadi cover untuk Parents Avenue Magazine
Kategori Istimewa Ibu Mengandung
Finalists : Trophy, Certificate dan Sponsors Gifts
Winner : RM300, Trophy, Certificate dan Sponsors Gifts
Sementara juri mengira markah, para penonton pula disajikan dengan persembahan silap mata daripada MADS Imagination ... sekurang-kurangnya kuranglah juga debaran para peserta dalam menanti keputusan kan kan ...
Dan lebih kurang dalam jam 4 petang tu, keputusan pun diumumkan 😁
Mereka yang bertuah itu ialah 🥁🥁🥁
Kategori A
|
Winner - Travis Xavier |
|
1st Runner Up - Zephaniah Isley |
|
2nd Runner up - Tristan Lim |
Kategori B
|
Winner - Quenisha Lo |
|
1st Runner up - Umaiyaal Theui Ramu |
|
2nd Runner up - Avan Sundavan |
Kategori Istimewa - Pregnant Mom
|
Winner - Chloe Nicole Majimbon |
Dan Pemenang untuk pakaian tercantik
Pemenang semua sudah pun diketahui tetapi acara belum berakhir ... masih ada aktiviti yang boleh disertai dan ianya masih berjalan hingga jam 8.00 malam hari ni.
About Parents Avenue Magazine
First parenting magazine based in East Malaysia providing local, family-oriented articles and information. The magazine specially designed so parents can quickly access advice on family and parenting issues, fun and entertaining activities and local resources. The magazine distributed quarterly to a large number of various locations in Sabah, Sarawak and Labuan. For more info you may visit their official website at www.parentsavenue.com.my or official Official FB Page
hai mia.
ReplyDeleteaida ada folo citer ni kat fb mia.
wow best ekk. surely fun kat situ.
meriahnya acara kak mia.
ReplyDeletehadiah pun boleh tahan :)
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!