TIPS MAKAN SIHAT | cara miakassim sekeluarga - Mia - Memories of Mine

Latest

Tuesday, October 3, 2017

TIPS MAKAN SIHAT | cara miakassim sekeluarga

Assalamualaikum

Hi korang. 

Semenjak hubby dah semakin slim ni dan jaga makan ni, kitaorang sangatlah jarang makan di luar. 
Hubby lebih suka makan di rumah aka makan makanan yang dimasak oleh isterinya ni. Sedap katanya .. haruslah kan. Air tangan isteri tercinta.
Tapi sebab utamanya bila kita masak sendiri di rumah, kita boleh kawal apa yang kita tambah dalam masakan kita. Nda lah terlampau masin atau berminyak atau pun terlebih bahan perisa @ monosodium glutamate.

Berkat kawal makan tu, hubby dah bebas dari tekanan darah tinggi .. badan pun rasa ringan jer katanya. Tapi kan hubby tak mau dia sorang-sorang jer amalkan makanan sihat, dia nak tengok juga kmia dan anak-anak jaga pemakanan.
Bukan diet tapi kawal dan pilih makan. Macam mana caranya, ni Kmia kongsikan.

Minyak masak canola sebagai ganti minyak kelapa sawit
Serius Kmia cakap, memang pada mulanya menggoreng ataupun menumis guna minyak jenis ni, rasa masakan memang tak berapa nak sedap. Rasa tawar jer dan tak bangkit pun wangi masakan tu seperti mana bila kita memasak menggunakan minyak kelapa sawit. Tapi kan disebabkan khasiatnya yang tinggi dengan Omega 3 serta kaya dengan Vitamin E yang mampu menurunkan kolesterol jahat dalam badan kita dan juga menyihatkan kulit, Kmia teruskan juga penggunaannya.

Makan Beras Herba Ponni
Dah lama kami guna beras jenis ni. Masa mula-mula dulu makan nasi jenis ni, memang tak sedap. Sebab nasi jenis ni tak ada kanji, rasa dia kosong je. Tapi kan beras jenis ni sesuai jika kita nak kurangkan gula dalam badan terutama mereka yang ada diabetes tu. Memandangkan hubby tak makan nasi, selalu Kmia masak dalam 2 put (cawan kecik dalam periuk letrik tu) untuk Kmia dan anak-anak. Serius makan nasi jenis ni memang cepat kenyang so tak adalah kita nak bertambah-tambah makan kan.

Jangan simpan bahan perisa @ monosodium glutamate dalam masakan
Ramai yang sedia maklum dengan kesan buruk terhadap kesihatan kita akibat pengambilan MSG yang berlebihan. Memang kita tak akan dapat mengawal pengambilannya disebabkan bahan ni merupakan salah satu penambah perisa yang paling banyak digunakan dalam masakan dan makanan. Sebab itulah elakkan terlalu kerap makan di luar, kita nda tahu berapa banyak MSG yang dorang tambah dalam masakan tu. Memang sedap tapi cari penyakit namanya.
Dan di rumah, benda ni memang langsung tak ada dalam simpanan Kmia. Masak pun memang langsung tak letak MSG.

Kurangkan gula dan garam
Yang ni rasa-rasanya semua pun sedia maklum kan. Boleh je tambah dalam masakan dan minuman korang tapi biarlah terkawal kan. Nda kan lah bancuh secawan kopi korang bubuh 4 5 sudu gula 😨. Lepas tu semut-semut pun selalu mengekor korang sebab terlampau suweeet kan 😅

Jangan biasakan anak makan junk food dan sewaktu dengannya
Yang ni memanglah kita tak dapat stop sepenuhnya dan elak anak-anak makan jajan tu semua.
Kadang-kadang kat sekolah pun kita tak tahu yang dorang akan beli benda tu.
Sebab tu kita kena pandai kawal pengambilan semua makanan tu. Di rumah Kmia tidak akan simpan apa-apa makanan berunsur junk food, gula-gula, cokolat2. Jika teringin sangat nak makan, belikan dorang tapi terhad sorang sebungkus je. Lepas tu kena minum air putih banyak2.
Aiskrim pula boleh dikira berapa kali dalam setahun. Bagi juga makan tapi sekali sekala. Dan kesesuaian, anak-anak Kmia sensitif sikit dengan keadaan sejuk. Makan aiskrim pun kadang2 boleh demam 😅

Ok tu je lah sedikit tips dari Kmia.
Bukanlah Kmia nak korang stop terus semua benda tu tapi biarlah TERKAWAL dan sederhana. Kmia dan anak-anak pun kadang-kadang terskip juga dari disiplin pengambilan makanan tu semua, ye lah benda-benda yang sedap ni selalu melalaikan. 😂😂

Sekali sekala tu memang ada juga lah makan kat luar. Hari tu kekononnya nak jadi vegetarian dan makan benda hijau2 je maka mennyinggahlah makan di satu restoran vegetarian ni. Kmia dah biasa makan kat tempat ni sebab sebelah opis je, bawalah hubby dan anak2 mengetest. Dan tak sangka anak-anak suka, hubby memang bertambah sukalah sebab dapat makan salad sedap.


Mixed Nutty Salad 


Asam Bean Curd


Vege Pizza


Note : Boleh ja sekali sekala makan sedap, dari korang ja bah tu 😁



7 comments:

  1. Tips yang menarik Kmia. Semoga Kmia dan keluarga sihat selalu ye.

    ReplyDelete
  2. sedap nyer salad tu Mia 😍😍😍.
    aida pon dah kena makan sihat.
    kebwtulan now aida cuti belajar.
    memang tiap hari masak, Mia.
    save bajet & sihat kan...

    ReplyDelete
  3. setuju tu Mia...
    dapur pip pun bebas MSG :))
    guna brown sugar n garam himalaya...
    anak anak pun mmg tak bagi junk food ...
    semuanya terpulang kpd individu utk hidup sihat kan T_T
    keep up the good healthy value for life :))

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tipsnya Mia. Tadi petang timbang tengok berat terus nda mau terus makan nasi bulan ni haha....doakanlah okje kuat semangat ye

    Pak jilap pun tak mau makan mlm Mia...so tambahlah senang okje. Dia kata nak makan oat je. Nampaknya kena cari menu oatlah lepas ni bagi variety.

    ReplyDelete
  5. Mia..share la recipe Asian Bean Curd tu...nampak sedap tu ha

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!