Skip to main content

Bertemu dengan Blogger Hainom Okje!

Assalamualaikum

Hi korang !

Bersiaran dari kl katanya. Ya bah Kmia ada ni di KL, berkursus kononnya. 
Selalu pegi training atau kursus mesti ada teman dari cawangan lain tapi kali ni lone ranger. 
Kalau ada teman tu bolehlah juga round-round Bukit Bintang ni cuci mata, ni sorang-sorang tak tahu nak buat apa. 

So tetiba terdetik hati nak jumpa sorang rakan blogger yang lama kenal di alam maya cewah! Segan juga nak ajak jumpa, kot kot dia tak sudi πŸ˜‚.
Ok terus whatapps dia dan kitorang set tempat perjumpaan di KL Sentral.

Dan hari selasa tu ... walaupun Kmia terlewat 2 jam sebab flight dari KK delay, takut juga dia tak boleh tunggu tapi alhamdulillah .. kitaorang dapat juga bersua muka. Dia siap tunggu kat escalator ketibaan ERL di KL Sentral tu. Nasib baik dia nda bawa kompang dan bunga manggar πŸ˜‚πŸ˜‚.
Tapi kan yang bestnya dia dapat cam muka Kmia .. kiranya apps 360 tu tidaklah juga mengaburi wajah sebenar Kmia .. kuikuikui πŸ˜…

Berwefie berdua buat pertama kalinya!

Sapa yang tak kenal dengan blogger Hainomokje . Peramah di blog dan ternyata sama, peramah di luar juga. 
Memula tu memang kitaorang berdua malu-malu kucing sebab tak pernah pun bercakap face to face tapi beberapa minit kemudian (minit ok) dah boleh cerita-cerita sambil ketawa-ketawa. 
Memang boleh buat geng borak lah .. sebab dua jam kitaorang duduk berbual di restoran resepi rahsia cam tak cukup rasanya. Sekejapan ja masa berlalu.
Kalau bukan okje teringat laki kat rumah πŸ˜‚ agaknya sampai ke malam kita orang berborak. Nasib baik masing-masing sedar diri πŸ˜….

Bukan barang untuk direview tetapi ole ole dari akak Hainom kita!

Sebelum masing-masing pulang ke pangkal jalan haha .. Kmia dapat dua benda kat atas tu.
Dah lah dibelanja makan, dapat lagi ole ole dari akak Hainom kita tau. Kopi Muar dan liptip ... 😍
Terima kasih bebanyaklah ... panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi!


Note : pssstt akak Hainom kita ni memang awet muda tau. Cantik jelita gitu. Jeles Kmia (lupa pula tanya rahsianya hehe)




Comments

  1. kita ni peminat Mak HO tahu..
    untunglah dpt jumpa...hahaha

    ReplyDelete
  2. seronok bila dpt jumpa 'kawan seangkatan' ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bah pip ..tp mula2 tu malu juga bah abis nda penah pun jumpa face to face

      Delete
  3. Kikiki.... yelah lupa lak bawak kompang dengan bunga manggar hari tu.
    Aduh Mia..... tak mungkin tak kenal, sama saja bah mukanya.... manis mcm dalam gambar. 2 hari 2 malam okje tidur sambil pegang gambar Mia tau, nak jumpa punya pasal haha....

    Terima kasih jugak kat Mia sebab sudi jumpa....rupanya Allah dah takdirkan kita berjumpa diKL bukan di KK kan....
    Nasiblah si bongsu mau teman, kalau tidak, tak puas ketawa kita hihi.... sebab okje kena ambik dia.


    ReplyDelete
  4. Habis satu grup diajak dating sama, Mia. Tapi dia ajelah yang free memanjang. Hahaha!

    Mak biasalah memang kalau terjumpa tak dilepaskannya. Nasib baiklah dia teringat kat PakJilap. Mak ni takut ngan suami. Hahaha!

    ReplyDelete
  5. Wahh.. bestnya.. kita yg sama2 di kk ni bila la ble jumpa kan kak mia.. hahah

    ReplyDelete
  6. Bestnyer kalian dapat berjumpa dialam realiti...biasanya kat alam maya jerkan..

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt jumpa sesama blogger!

    ReplyDelete
  8. Dua2 pun awet muda. Manis je bah.. muka hepi dapat jumpa. Antara keindahan blogging, dapat kawan baru.

    ReplyDelete
  9. kalau2 Mia ke Melaka, roger la aida ������

    ReplyDelete
  10. Hebat dpt jumpa kwn baik seorg blogger juga ya .....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🀣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a