Assalamualaikum
Hi korang!
Salam jumaat .. moga bertambah-tambah rezeki kita semua di hari yang mulia ini. Aamiin ..
Awal pagi baca status FB kawan-kawan ternampak ni
Sumber : FB |
Korang bila ada rezeki lebih tu janganlah berkira sangat dengan orang-orang di sekeliling kita. Siapa orang di sekeliling kita ? Ibu bapa kita, suami/isteri, anak-anak kita, adik beradik kita, sedara mara, sepupu sepapat ... orang-orang luar khususnya yang susah.
Yang dah berumah tangga tu .. si suami, mentang-mentanglah kononnya si isteri pandai cari duit sendiri, tak payahlah kononnya susah-susah bagi duit. Jangan begitu bah, Isteri tetap tanggungjawab suami. Walaupun isteri tak minta, tak salah korang kongsi rezeki yang ada dengan si isteri. Begitu juga dengan si isteri, ungkapan duit suami adalah duit bersama, duit isteri duit isteri seorang rasanya tidak sesuai gitu. Tak salah si isteri berkongsi apa yang diperolehi dengan si suami. Tak akan jatuh ego suami bila si isteri memberi duit. Dah namanya hidup berumahtangga, susah senang kita bersama kan 😉
Pernah dengar kan ... bila nampak keluarga yang ramai anak mesti korang akan cakap .. murah rezeki dorang sebab ramai anak. Memang betul .. setiap anak yang dilahirkan punya rezeki masing-masing. Pengalaman Kmia sendiri semasa melahirkan anak-anak Kmia .. Shumi Dzukairy, anak pertama Kmia .. sebulan selepas lahir Kmia dinaikkan pangkat dan dua tahun selepas itu Shamzi Dzukifly dilahirkan, sekali lagi Kmia dinaikkan pangkat. Tahun 2011, Siti Damia dilahirkan .. Kmia tetiba dapat 'durian runtuh' daripada majikan lama ... syukur alhamdulillah.
Tak pasti ianya kebetulan atau tidak .. korang tidak akan rugi sesen pun bila korang tidak berkira dengan anak-anak.
Ibu bapa jangan dilupa. Duit untuk orang tua di kampung setiap bulan tu wajib .. tapi bila ada rezeki terlebih tu jangan lupa ibu bapa korang. Beli barang yang disukai mereka, bawa makan kat tempat yang sedap-sedap, tak pun sekali bawa mereka berjalan atau melancong. Yang baru tersedar sekarang tu betapa pentingnya berkongsi rezeki dengan orang tua, cepat-cepat berbuat demikian. Kerana korang mungkin tak akan sedar selama mana korang dapat berkongsi dengan mereka. Entah esok entah lusa, bulan depan, tahun depan .. bila-bila masa sahaja mereka akan dijemput ilahi. 😔
Adik beradik, sedara mara jangan dilupa pulak. Bila korang dah berkumpul adik beradik di kampung tu, jangan lupa belanja dorang makan. Dan bila sangat terlebih rezeki tu, tak salah adakan kenduri doa selamat, jemput sedara mara, jiran tetangga, orang kampung .. makan ramai-ramai gitu. 😄
Ok tu je lah 'ceramah motivasi' hari ini. Cewah!
Harap-harap ianya bermanfaat untuk semua. Dan semoga kita semua dimurahkan rezeki ... aamiin
inshaallah
ReplyDeleteRezeki yang berkat; Sedikitnya cukup dan boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat; Sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas..umpama meminum air laut, semakin diminum, semakin haus
ReplyDeletesemoga murah rezeki selalu Mia ..
ReplyDeleteamin.
Pesanan yg sgt2 best.. Hidupkan untuk memberi, InsyaAllah..
ReplyDeleteSemoga kita sama2 dimurahkan rezeki kak mia.. ^^
ReplyDeleteBetul tu Mia.... dalam rezeki kita ada bahagian untuk mereka. Duit utk mak bapak tu mmg wajib. Bersedekah tak akan jatuh miskin pun. Jangan takut Allah akan gandakan rezeki kita insyaallah....
ReplyDeleteTp kadang kadang, biasalah namanya manusia ada time, sawan kedekut tu sampai jugak haha....
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!