CULTURAL NIGHT & FOOD FIESTA AT BTC RESTAURANT INANAM!

Assalamualaikum

Good TIMES Start With Great Foods! Tema buffet Restoran BTC yang diadakan setiap hari sabtu jam 7.00 malam hingga 11.00 malam bermula akhir bulan Ogos yang lalu.



Entertainment | Buffet | Halal Mart | "Experience Yourself" | Handicraft ... Kmia berpeluang untuk merasainya sendiri apabila diundang oleh Pihak BTC bersama beberapa Sabahan Blogger yang lain pada 9 September 2017 yang lalu.

Antara bloggers yang hadir .. Lan & JoeSharinaSuzyanaJun-ZieEca
 dan Natrah
Pict credit to Jun-Zie

Sebenarnya sebelum ni Kmia memang sudah beberapa kali makan di BTC Restoran tetapi mereka hanya menghidangkan menu a'la carte sahaja. Menurut Puan Suzie (Pengurus Jualan dan Pemasaran BTC), ini adalah projek terbaru Restoran BTC dimana terdapat pelbagai menu buffet sedap dan persembahan menarik diadakan yang pastinya memenuhi citarasa para pelanggan.
Selain dari tarian dan nyanyian, konsep Handicraft, Halal Mart dan Experience Yourself! turut diperkenalkan kepada pelanggan.

Aktiviti dan konsep baru menarik untuk para pelanggan. Kepada sesapa yang belum pernah menebar roti canai sendiri dan membuat teh tarik, jom datang ke Buffet Restoran BTC. Korang boleh mencubanya sendiri!
Pict credit to FB Kumpulan BTC Berhad


Handicraft! Pelbagai hasil kraftangan menarik ada dijual di sini
Pict credit to FB Kumpulan BTC Berhad


Halal Mart! BTC Restoran juga mempunyai kedai yang menjual pelbagai jenis kurma dan kismis. So sapa-sapa yang teringin nak makan kurma, korang datang je ke Halal Mart BTC ni.
Pict credit to FB Kumpulan BTC Berhad


Ok sekarang kita story-story pula tentang menu buffetnya.
Korang kalau pergi ke restoran yang menghidangkan buffet seperti ini, bahagian mana yang korang akan jenguk dahulu .. Kmia tentulah ke menu utamanya hehe.

Antara menu yang dihidangkan


Sambal Ikan

Ayam Bercili

Rendang Daging

Kari Ayam

Ni kira cam stir fry potato with vege gitu .. tak pasti pula apa nama menu ni tapi sedap juga

Butter Chicken

Stir Fry Mix Vege aka sayur campur tumis

Banyak kan pilihan menu dia .. tapi belum habis lagi, selain menu tempatan, ada juga western cuisine yang dihidangkan. Ada 2 pilihan spaghetti yang dihidangkan, carbonara dan juga bolognese



Dah habis round-round di menu utama, kita lihat menu pembuka selera yang ada di buffet Restoran BTC ni.



Pelbagai jenis salad dan buah-buahan sebagai hidangan pembuka selera korang. Bagi pengunjung dari luar Sabah yang ingin merasa makanan tempatan orang Sabah, 2 hidangan tempatan yang terkenal ada dihidangkan di sini. Korang harus mencuba Tuhau dan Jeruk Bambangan!

Selesai makan yang berat-berat tu semua, masa untuk melihat hidangan pencuci mulutnya. Pelbagai jenis kuih muih dan juga kek yang pasti buat korang teruja. 





Ada roti jala, karipap, nona manis, bingka ubi, pulut panggang, roti bakar yang dihidangkan bersama sup cendawan ... banyak dan sedap-sedap belaka sampaikan korang tak pasti nak pilih mana yang nak dimakan dulu hahaha ... kalau ditanya Kmia, tentu-tentulah Kmia pilih yang paling Kmia suka, kuih bingka ubi. Sedapnyaaaaaa.
Tapi kan tak lengkap kalau makan kuih muih tu semua kalau tak ada secawan teh tarik kaw panas.

Pekat likat gitu .. serius memang kaw! dan sedap

Sudut minuman ... ada teh tarik, ada jus dan juga ABC

Dah namanya Cultural Night .. sambil-sambil menjamu selera para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan juga nyanyian.



Persembahan tarian tradisional oleh Art Collection

Persembahan busker oleh styna AKUSTIK Rangers.
Pict Credit to FB Kumpulan BTC Berhad

Semasa persembahan, para pengunjung juga diajak ke pentas untuk sama-sama menari tarian tradisional ini. Dan yang mempunyai bakat terpendam dalam nyanyian juga boleh menyumbangkan lagu.
Bagi mereka yang membawa anak-anak kecil, jangan risau sebab mereka juga akan turut terhibur dengan persembahan 'clown' dan kemunculan 'adiwira'. 


Kegembiraan kanak-kanak ribena jumpa iron man!
Pict credit to Jun-Zie

Pendek kata semua pun akan terhibur, makan pun senang hati dan relaks. So apa lagi, cepatan kamu orang book tempat. Bawa suami isteri, anak-anak, datuk nenek, satu keluarga, kawan-kawan .. santai-santai hujung minggu di Buffet Restoran BTC Inanam (setiap sabtu bermula jam 7.00 malam hingga 11.00 malam).

Harga Buffet
Dewasa : RM45 per pax
Kanak-Kanak : RM20 per pax
Bawah 5 tahun : Percuma
*Menu buffet akan ditukar setiap minggu

Lokasi Restoran
Lot 5, Tingkat Bawah, Nountun Baru, Batu 5 1/2 Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Untuk tempahan dan pertanyaan
Puan Suzie @ 016 442 8276
En Saul Hamed @ 013 851 2082

Facebook dan Instagram
IG kumpulan_btc_berhad
FB Kumpulan BTC Berhad







6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. seronok bila bab makan2 , dpt gathering dgn family and kawan2...
    tp gambar akhir tu paling win.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Indian eating methodologies suit Indian populace the best contingent on our way of life, climatic conditions, environment, contamination and so on. bread machines

    ReplyDelete
  4. Eatery Designers experience a procedure of zones of claim to fame which comprises of a few ideas on outlining an eatery: gallery cafe princeton nj

    ReplyDelete
  5. If the trader was right in his/her prediction, they will receive 80-85% payout, depending on the broker.bitcoinvest.cc

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post