Assalamualaikum
Hi korang!
Rabu yang lalu tu kan, 13 September 2017 .. Kmia dijemput oleh pihak Hotel Promenade Kota Kinabalu untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Promenade's Mooncakes in collaboration with Kinabalu Chinese Tea Art Society.
Program yang julung kali diadakan oleh pihak hotel dimana Mooncakes mereka akan dijual bersama-sama dengan Fragrant Chinese Tea yang dibekalkan oleh Chin Xi Tea Art Centre melalui Kinabalu Chinese Tea Art Society.
Majlis ini secara rasminya dilancarkan oleh Hotel's General Manager, Mr. Hafizan Wong dan juga Dr. Danny Kok, Pengerusi Kinabalu Chinese Tea Art Society di Lobi Hotel sambil disaksikan oleh rakan-rakan media dan bloggers.
Majlis pelancaran itu menandakan bermulanya penjualan Fragrant Chinese Tea yang digandingkan bersama dengan 8 pilihan Promenade's Mooncakes yang dijual pada harga RM25.00 sebiji (atau RM98.00 sekotak yang terdapat 4 biji Mooncakes di dalamnya). Juga turut ditawarkan Signature Mini Crystal Durian Mooncakes yang akan dijual pada harga RM3.80 sebiji.
Semua jenis Mooncakes yang dikeluarkan oleh Hotel Promenade mendapat pengiktirafan sijil halal dan mempunyai kandungan bahan pengawet yang sangat sedikit yang mana menjadikan ianya sesuai untuk disimpan di peti sejuk.
Menurut Dim Sum Chef, Mr.Arthur Chew selain Hotel Promenade Kota Kinabalu, mereka juga menjual mooncakes ini di dua cawangan hotel mereka di Tawau dan juga Bintulu, Sarawak.
Selepas perasmian, semua tetamu dijemput untuk mencuba kesemua jenis mooncakes yang akan dijual bersama-sama dengan Fragrant Chinese Tea.
Mr. Hafizan Wong, Dr.Danny Kok, Ms.Anita Chung bersama jemputan lain sama-sama mencuba mooncakes
Rakan-rakan media juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba mooncakes yang ditawarkan
Antara mooncakes yang ditawarkan oleh Hotel Promenade
Mini Crystal Musang King Durian Paste .. yang ini serius memang sedap! Tak rugi kalau korang beli
Pict credit to FB Hotel Promenade & Resort
Selepas sesi mencuba mooncakes, para tetamu jemputan melihat demonstrasi The Art of Preparing & Serving Chinese Tea oleh Dr.Danny Kok. Beliau juga menerangkan sejarah menarik kenapa memakan mooncake ini harus diminum bersama dengan teh.
Acara hari tu diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Dynasty Chinese Restaurant. Restoran ini menghidangkan pelbagai menu dimsum enak yang mempunyai sijil halal daripada Jakim.
Antara menu yang dihidangkan hari tu yang pastinya buat Kmia tersangatlah kenyang. hehe .. bukan senang nak dapatkan dim sum yang halal kan. Selalu ada jual kat restoran-restoran cina ja.
Promenade's Mooncakes akan mula dijual sehingga tarikh sebenar Pesta Kuih Bulan pada 4 Oktober 2017 (atau selagi stok masih ada) pada jam 10 pagi - 8 malam di kaunter jualan lobi hotel dan dari jam 8 malam hingga 10 malam di Dynasty Chinese Restaurant.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai promosi F&B yang diadakan boleh menghubungi Promenade Cafe' / Halal Dynasty Chinese Restaurant / Lobby Lounge / Deli Corner di talian (60) (88) 252 396 / 265 555 Ext: 5107
atau korang boleh jenguk ke
Facebook : @promenadehotelsnresort
Instagram : @promenadehotels
Website : www.promenade.com.my
Dim sum tu sedap...mini mooncakes tu pun mmg yummy...
ReplyDeletesy memang suka sgt mooncake.. tp tulah..mahalkan?
ReplyDeleteWahhh.. sedapnya mooncake.. memang favourite.. kalau ada masa nanti mau juga pergi sana..
ReplyDeleteNampak sedaplah moon cake tu...
ReplyDeleteSedapnya mooncake. SUka makan :D
ReplyDeleteMy all time favorite, dim sum!
ReplyDeleteSekali pandang Chinese berbaju putih itu seperti Datuk Jimmy Choo..
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!