Assalamualaikum
Aku bila tengok gambar ni memang terus emosi. Emosi bila melihat bapa semakin dimamah usia yang setia menanti di tepi jerangan kelapa. Emosi melihat buah-buah kelapa yang bertaburan sebab itu adalah salah satu punca pendapatan kami. Emosi melihat tempat jerangan kelapa yang masih utuh sejak umur aku belasan tahun lagi.
Benarlah orang kata ... dari sekeping gambar banyak cerita disebaliknya.
Jangan bertanya kenapa bapa masih setia dengan kerjanya ini. Sepatutnya anak-anak sudah boleh membantu. Biar bapa berehat saja.
Tapi bapa bukan begitu. Dia jenis yang tidak suka duduk diam. Ada saja yang dibuatnya. Kalau tidak dengan kelapa keringnya, sudah tentu dia berada dikebun dengan mesin rumput dibelakangnya.
Tak apalah pak ... jika itu yang buat bapa gembira ... jika setia dengan jerangan kelapa yang berikan ketenangan ... tidak apa.
Moga bapa dipanjangkan umur dan sihat selalu.
Yang beremosi
Anak perempuan no.2
Selagai ada kudartnya tak mungkin buatnya duduk goyang kaki Mia
ReplyDeleteYg penting sentiasa doakan dia sihat selalu dan gembira.
Cuma bezanya dulu kerja keras demi anak-anak kerana nak menyara keluarga
ReplyDeleteTapi sekarang demi memenuhi masa terluang dan sebagai terapi minda dan exercise
semoga bapa diberikan kesihatan yang baik yer..
ReplyDeleteamin
ReplyDeleteKelapa lepas dikeringkan, dibuat apa pulak Mia? Kerisek ke?
ReplyDeleteBiasalah org tua mmg cenggitu. Ada je benda nak dibuat. Boleh sakit badan kalau asyik duduk aje.
seorang bapa memang macam tu kan, mesti dia nak jugak buat ape yang dia suka buat. cuma kita sebagai anak ni merasakan itu adalah dah cukup berat untuk dikerjakan sedangkan seorang bapa dah seharusnya duduk berehat saja. tapi bagi bapa, itulah kerja yang paling dia suka buat
ReplyDeleteorang tua kalau dibiarkan tak buat apa2 nanti cepat jatuh sakit sebab mereka dah biasa kerja kuat sejak kita masih kecil lagi, tak betah duduk saja.
ReplyDeleteTeringat arwah bapa saya dulu...walaupun tiada pekerjaan tetap,tp ada saja kerja yg di buatnya. Dari sawah padi sampai ke kebun koko. Rutin hariannya segar di minda. Sayangnya ...masa tu saya x de kamera.
ReplyDeleteMemang kan kak mia..org tua yg biasa bkerja memang bgtu..bpa wana pun sama..walau suda pencen nda pandai la duduk diam di rumah..ada ja keja kebun yg dibuat..semoga diberikan kesihatan yg baik dan pjg umur..amin
ReplyDelete*nangis*
ReplyDeleteI suka gambar ni..aimple dan ada penceritaan..bestnya ada kampung yg tenang macam ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!