Nasi Kerabu ala Ganu Kite

Assalamualaikum

Salam jumaat!

Semenjak dua menjak ni banyak benar kawan -kawan share gambar nasi kerabu di FB.
Ada yang makan kat restoran, ada yang masak dan makan sendiri.

Yang tinggal di semenanjung untunglah, mana-mana tempat pun ada jual nasi kerabu ni, tak payah ke restoran, di pasar malam pun banyak dijual. Tinggal pilih ja.

Yang pandai masak untunglah. Boleh makan bila-bila kalau tetiba teringin. 
Masak sendiri dan boleh makan puas.

Aku nak kata penggemar nasi kerabu, tak lah fanatik sangat. Tapi bila dah terasa teringin sangat tu, tengok gambar pun terasa nak menitis air liur. 
Nak masak sendiri, tak reti aku. Huhu

Kat Sabah ni nak makan nasi kerabu kena tunggu pasar ramadhan. Masa tu ramai orang melayu semenanjung yang jual nasi kerabu ni. 
Kalau hari-hari biasa cam sekarang ni memang susah sangat nak jumpa.

Aku ada bagitahu juga hubby yang teringin sangat nak makan nasi kerabu.
Hubby terus cakap napa nda bagitahu awal2. Kat Pekan Tuaran ada satu restoran yang jual nasi kerabu ... owner dia orang melayu semenanjung. Nasi kerabu dia memang power kata hubby.
looooor napa tak bagitahu awal-awal. Sia-sia air liur ku menitis selama ni sebab teringin nak makan nasi kerabu.

Tak tunggu lama-lama kitaorang pun terjah restoran tu.


Restoran Ganu Kite ... menu pemes memang nasi kerabu. Selain tu laksa penang, nasi dagang dan juga nasi lemak kukus ayam berempah juga ada dijual di sini.



Nasi kerabu yang diidam-idam selama ini. Besar giler portion dia. Cam boleh makan berdua. Harga RM7 memang berbaloi dengan test dia. Cukup rasa semuanya. Aku memang puas hati gitu. 



Untuk anak-anak aku orderkan mereka nasi lemak kukus ayam berempah. Yang ni pun sedap tapi sambal dia agak.pedas sedikit. Kalau budak-budak yang makan memang tak tahan. Kesian Damia termakan sikit sambal tu. Terkeluar air mata sebab menahan pedas. 
Sori Umi tak sangka sambal yang pekerja restoran tu kata pedas sedikit sebenarnya pedas giler.

Alhamdulillah ... lega tercapai hajat nak makan nasi kerabu.

Lokasi restoran : Pekan Tuaran berdepan dengan tokong cina.

4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Wana pun sama..pandai mencari kalo rasa teringin mo mkn..time posa memang belambak..macam best tengok nasi tu..nampak sedap juga

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar nampak sedap..lepas ni dah boleh mkn selalu. Ada restoran lebih mudah.

    ReplyDelete
  3. Pagi tadi baru belikan si TLBD Nasi Kerabu ni Mia.... Mak kalau ikutkan hati mau aje makan nasi pepagi tapi oleh kerana cuba mendidik nafsu katanya....kenalah tahan huhu...
    Yelah kita ni kalau tgh teringin tu mmg kalah org mengidam hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post