Ke pawagam selepas 10 tahun?

Assalamualaikum

Cak ! 
Salam isnin korang.
Timbul lagi ni sebab ada kesempatan dan masa nak update blog. 

Aku ni zaman muda mudi dulu selalu jugalah tengok wayang. Tapi tidaklah sampai menjadi seorang kaki wayang. Asal movie baru keluar, dia orang pertama yang wajib menontonnya :P

Last sekali aku tengok wayang masa mengandungkan si Shumi tu. 
Masa tu masih berdua dengan encik hubby, kata orang masih senang nak ke hulu ke hilir berdua. 
Lahir ja si Shumi tahun 2006 tu, aktiviti menonton wayang terus dihentikan hinggalah si Damia lahir. 

Bukan tak teringin menonton wayang bersama anak2, teringin juga nak bawa dorang tapi itulah takut dorang buat perangai dalam pawagam tu.
tak pasal2 menganggu orang.

Napa tak tengo wayang dengan hubby? Emmm. Kami somi isteri ni sama, kalau nak pegi mana atau nak buat apa mesti teringatkan anak2. 
Tak lengkap rasanya kalau tak ada anak2 bersama. 

Hinggalah hari tu, Shumi dan Shamzi teringin sangat nak tengok boboiboy the movie tu.
kesian pula aku tengok dorang bila dah balik2 cakap tentang movie tu.
Aku bagitau kat hubby, hubby kata ok. Try tengo peel dorang dalam panggung wayang tu. 
Bila aku bagitau kat anak2 ok kita boleh tengok bobiboy, bukan main hepi dorang.

Maka 3hb April lalu pecahlah record aku tak menonton wayang selama 10 tahun. 


Movie pertama selepas 10 tahun. Boboiboy The Movie!
Nasib baik anak2 ok ja masa menonton tu. Tak ada pun buat perangai kecuali Damia yang agak takut katanya sebab tempat gelap tul. 
Filem animasi ni aku bagi 10/10. Memang best. Bukan anak2 ja suka, mak bapa pun seronok menontonnya. 

Macam best pula tengok wayang bersama anak2 so kami ulang lagi semalam.
The Jungle Book, movie kedua yang kami tonton. 
Filem tu pun ok juga ... aku bagi 9/10. Kurang 1 sebab filem orang putih ... hehe
Shumi bukan main seronok lagi sebab dia dah baca buku Jungle Book ni dan dah tau watak2 binatang dalam filem tu.





Semalam sebelum masuk ke panggung sempat bergambar dengan kumpulan Zero. 
Dorang tengah buat promosi filem dorang yang akan ditayangkan 21 april ni.
Aku sebenarnya bukan jenis orang yang suka bergambar dengan artis atau nak minta sign segala. Itu bukan aku.
Tapi bila Shumi merayu2 nak gambar dengan kumpulan zero yang dia minat, terpaksalah Uminya ni berkorban dengan berbaris bersama orang yang ramai menunggu giliran untuk bergambar dengan artis ... 
huhu asalkan anak-anak gembira.

Oklah tu je. Tata!


6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Amboi Seronoknya dapat tguk wyg dgn anak2 kan..happy la kan spend time sama2..pastu dapat pula bergambar dengan kumpulan zero

    ReplyDelete
  2. hehehee..samalah kiter..tak suka nak pegi bergambar dgn artis..dah nampak dah tu je ;)

    ReplyDelete
  3. best cerita boboiboy tu, tengok dengan anak2 walaupun mcm2 ragam dlm pawagam tuh. kikiki....

    ReplyDelete
  4. Nah sudah tau peel dorng 3 beradik mia, buli sdh tingu wayang selalu lepas ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Hihi....setelah 10 tahun katanya terus 2 x berturut turut tengok wayang ye....Lepas ni rasanya awak mesti pergi lagi Mia....
    Tp kekadang mmg mcm ketagih jugaklah tengok wayang ni Mia

    ReplyDelete
  6. Hihi....setelah 10 tahun katanya terus 2 x berturut turut tengok wayang ye....Lepas ni rasanya awak mesti pergi lagi Mia....
    Tp kekadang mmg mcm ketagih jugaklah tengok wayang ni Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post