Kem Ekplorasi Iman dan Kepimpinan Pelajar : Pengalaman pertama kem untuk Shumi dan Shamzi - Mia - Memories of Mine

Latest

Friday, September 4, 2015

Kem Ekplorasi Iman dan Kepimpinan Pelajar : Pengalaman pertama kem untuk Shumi dan Shamzi

Assalamualaikum

Jumaat dah hari ni ... hati ni risau jak dari semalam. Bukan apa, anak-anak lelaki Umi nak pegi ke kem. 
Lama lagi tu 3 hari 2 malam, risaunya hati ini. Rasa macam 3 tahun pula dorang tinggal di kem tu.

Kem ?? Bukan kem tentera, kem budak sekolah je pun. Itu pun masih dalam kawasan yang sama juga, masih di Kota Kinabalu ni juga.
Tapi dah namanya kem, dorang kena tidur 2 malam di sana. Huhu
tu yang risau sangat ni, anak-anak Umi belum pernah berpisah dari Umi dan Baba.
sebelum ni semua Umi yang sediakan.
Mula hari ni, terpaksalah Shumi dan Shamzi berdikari. Huhu

Sebenarnya kem telah dianjurkan tahun lalu tapi dorang tak berkesempatan nak join. 
Umi tak benarkan, takut dan risau .. hehe
Tapi bila banyak dengar feedback yang baik daripada ibu bapa yang benarkan anak mereka ikut kem ni, so tahun ini dengan berat hati benarkan mereka.
Lagipun Babanya setuju dan galakkan, biar dorang belajar berdikari katanya.
Maklumlah budak-budak zaman sekarang ni manja ya amat. Beza sangat dengan kita dulu ... kecik2 dah tau buat kerja rumah dan uruskan diri, tak terlalu harapkan mak bapa.



Bukan main excited dorang Shumi dan Shamzi bila aku dan hubby benarkan.
Hari-hari dorang ingatkan untuk siapkam barang-barang yang perlu dibawa. 
Aku pula hari-hari pesan itu pesan ini, jaga diri, jangan pegi tempat bahaya, ikut arahan, ikut cakap cikgu .... bla bla bla
Aku rasa Shumi dan Shamzi dah khatam apa yang aku pesan tapi tetap aku nak ingatkan dorang.

Tadi angkat beg dorang masuk kereta cam sedih sangat. Dorang bukan main happy, Uminya ni yang emo terlebih cam anak2 nak belajar lama kat obersi ... isk isk isk

Semoga aktiviti kem dorang berlangsung dengan sempurna .. moga dorang pandai menjaga diri. 


2 comments:

  1. Macam itulah Mia bila dah jadi mak-mak ni
    Risau dan maam-macam rasa bimbang
    Ingatkan tu tak salah cuma Mia jgn bimbang cikgu mereka ada.

    ReplyDelete
  2. Alala...umi dia ni cembeng rupanya yek hihi.....
    Tapi kalau Okje pun, harus gak sedih tu hihi..... So lepas balik kem ni macamana diaorang ? Ada perubahan tak?

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!