Cemas : Gusi koyak Gigi dicabut! - Mia - Memories of Mine

Latest

Tuesday, September 1, 2015

Cemas : Gusi koyak Gigi dicabut!

Assalamualaikum

4 hari bercuti badan pun dah rasa lemau. 4 hari? A'a 4 hari, jumaat ambil annual leave, tambah sabtu, ahad dan isnin.
Tak pegi mana pun cuti ni, duduk rumah dan rehat. Tambah-tambah lagi dengan incident khamis lalu.
Aku terpaksa keluar awal dari tempat kerja setelah dapat message dari Hubby yang ketika itu berada di hospital.


Shamzi jatuh di sekolah. Hubby kirimkan gambar Shamzi yang sedang menggigit kain kasa agar pendarahan dapat dikurangkan. 
Aku terus call Hubby .. macam mana boleh jadi begitu, terukkah lukanya. 
Hubby kata Shamzi ditolak kawannya lalu jatuh dan terkena bucu meja. 
Cikgunya yang menelepon Hubby kerana panik melihat darah banyak keluar.
kata Hubby berkali-kali cikgu tu minta maaf sebab terlepas pandang kejadian tu.


Aku bergegas keluar office sebab nak ambil Damia. Dah lewat sebenarnya, selalunya Hubby yang ambil dalam jam 2 tetapi masa tu dah hampir jam 4. 
Hubby masih di hospital. Shamzi diperiksa dan terpaksa di x-ray takut ada yang patah di bahagian mukanya. 
Mujur cuma terkena di bahagian gusi. Alhamdulillah tiada kecederaan serius tetapi 2 batang gigi susu Shamzi di depan terpaksa dicabut agar dapat dijahit gusi yang koyak tadi. 
Shamzi juga terpaksa diberi suntikan tetanus sebab bucu meja tu adalah besi, takut berkarat dan memberi kesan mudarat yang lain.

Aku dan Damia tunggu Hubby balik. Sampai mereka di rumah aku bertanya Shamzi macam mana boleh terjatuh. Katanya kawan tarik tangannya dan tak seimbang lalu jatuh. Aku tanya samada dia bermain-main di kelas, Shamzi diam sahaja.
emm aku tahulah jawapannya tu. Aku bagitahu Shamzi yang ini sebagai pengajaran baginya. Shamzi angguk jak.
Tak pasti dia akan serik atau tidak, maklumlah budak-budak. Mana dapat menahan diri daripada bermain.

Shamzi .. Shamzi buat Umi dan Baba cemas sahaja. Pastu dia boleh buat relaks jak lepas balik hospital. Macam tak ada apa2 yang jadi padahal gigi depan dah rongak pastu ada jahitan lagi. Bertuah betul anak lelaki aku sorang ni. 


6 comments:

  1. anak lelaki memang begitu agaknya..tidak serik hihi sama saja dgn anak2 akk ni..

    moga shamzi tak apa2 & cepat sembuh gusi yg dijahit tu

    ReplyDelete
  2. Macam tu lah kan anak lelaki... Lasak dan cool memanjang...
    Semoga kecederaan shamzi cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. Budak lelaki agak lasak Mia
    Bukan budak kalau tak ada main-main.
    Cuma nasib kurang baik buat Shamzi
    Moga cepat sembuh. Makan tu yg pasti tak selesa - kesian..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... seriau. Hmmm...budak2 kan, next time extra careful, boleh jer main2.. tapi jangan la lasak sangat2 dorang boboys ni. Get well soon yer.

    ReplyDelete
  5. Ohhhh kalau Okje jadi cikgu tu pun cuak jugak tu....Darah tu bukan air. syukurlah tak de pape.
    Budak lelaki mmg lasak sikitlah Mia.....biasalah tu, mereka jarang le nak insaf. Nasib gigi susu kan....

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!