Skip to main content

Kuih Tompok Damia

Assalamualaikum

Muncul balik. Off sehari dari blog. Semalam ofismate admit hospital, dah sampai masa nak dia nak bersalin. Due dia sebenarnya hujung bulan ni tapi baby tak sabar nak keluar agaknya. So bila dia dah cuti bersalin ni, sementara waktu kenalah backup kerja2 dia.

Aku ni bila dengar orang nak bersalin, perasaan jeles tu tetiba muncul. Macam nak juga merasai pengalaman tu balik. Hati kata nak ... tapi pikir lagi terus cakap 3 anak dah cukup. 
Tapi bila semalam tengok channel dokumentari ibu-ibu bersalin tu tetiba perasaan tu muncul lagi. Nak lagi. 
Dah lah Damia selalu mengeluh jak ... bilalah adik Damia ni keluar? Aku tanya mana adik Damia ... dalam perut Baba katanya, lambat betul keluar.
hahaha pikiran budak2, asal perut kembang jak mesti ada baby kat dalamnya :P

Ok kita berbalik pada tajuk post tu. Tajuk kuih tapi cerita pasal nak mengandung lah pula kan ... hehe

Hujung minggu kalau tak buat apa2 memang kami selalu pergi kat rumah mak bapa hubby. Dekat jak, itu yang selalu jenguk dorang. 
Minggu ni Damia dapat belajar buat kuih dengan neneknya. Buat kuih tompok .. atau lebih dikenali kuih piang tausa. 
Aku dari kecil memang panggil kuih tu kuih tompok, sebab mak yang bagitau nama kuih tu gitu. 

Aku heran apa yang Damia buat sunyi sepi di dapur. Rupa-rupanya dia sedang syok meleperkan doh tepung tu. Neneknya pun bukan main melayan cucunya. 
Aku biarkan saja, kalau di rumah belum tentu Damia berpeluang menggentel tepung, almaklumlah uminya ni kalau nak buat kuih gitu kena ikut mood. Mood pula setahun sekali jak datang. Macam mana tu .. hehe

Gigih Damia menggentel tepung. Inti dah masuk, pastu gentel lagi .. kemudian masuk inti lagi ... penuh dengan inti piang Damia ni. :D


Baguslah nak, belajar buat kuih tu, dah besar nanti senang nak buat .. tak payah nak belek buku resepi bagai cam Umi ko ni .. :P .. Ok tu je .. TaTa!



Comments

  1. Hehe..bagus la damia suda Pandai buat kuih..boleh la tolong di dapur lagi lepas ni..:)

    ReplyDelete
  2. Masa kerja kat Sabah selalu jumpa kuih ni...

    ReplyDelete
  3. Khusyuk tawaduk dia gentel tepung tu ya..bila dah siap nanti tentu tanya, mana satu kuih Damia..

    ReplyDelete
  4. Kalau nak mengandung baik sekarang sementara masih muda belia kang kalau dah sampai mcm umur mak yg dah kilauan ni susah pulak hihi...
    Apa intinya dalam tu Mia....
    Weyh menantu dia dah htr cucu untuk tolong buat kuih ek hihi

    ReplyDelete
  5. Kena letak resepinya Mia
    Kuih-kuih tradisi ni kakak suka nak tahu

    ReplyDelete
  6. aloh, pndainya ank dara ni..
    kuih ni mcm roti goreng ek? inti kacang ke apa?

    ReplyDelete
  7. Bagus bagus. Nanti besar boleh jd chef.

    ReplyDelete
  8. hahahaha hahahahah adik Damia dalam perut Baba yer? Hahahahaha apa lawak sangat kamu ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang